"Jika saya tak ambil peluang tersebut..."

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Throwback... Januari 2005 saat saya baru sahaja 6 bulan berkhidmat di Unisel sebagai Pembantu Penyelidik di Research Management Centre. Pengarah RMC memberitahu saya yang saya dikehendaki pergi berkursus selama 10 hari di Stuttguart, Jerman.

Apa reaksi saya?

Saya cakap macam ni:
"Ala Dr., layak ke saya pergi. Saya baru jer kerja 6 bulan kat sini. Ramai lagi staf lain yang lagi layak. Nanti apa orang kata?"

Lepas tu, Pengarah (seorang Proffessor) pun jawab:
"Rugi kalau you tak pergi. Ni jer peluang you nak pergi oversea ditaja sepenuhnya. Lainlah you mampu pergi sendiri. Bukan dekat, Jerman!"

Alhamdulillah.
Saya ambil peluang tersebut. Semua ditaja Unisel dan pihak kontraktor yang membangunkan Unisel's Virtual Reality Lab.

Walaupun hanya 10 hari... ia adalah pengalaman terhebat pernah saya lalui. Memang betul kata boss saya tu. Saya takkan dapat peluang lagi... 


Terima kasih atas peluang tersebut. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya setelah saya menghabiskan duit menjalani latihan tersebut sedaya upaya saya. 

Peluang... memang tak selalu datang. Kita perlu rebut kerana mungkin ia tidak akan datang lagi. 

Jumpa lagi.

Wassalam.

Comments

Popular Posts