Friday, August 8, 2014

BLOG| Membina Blog Berpengaruh

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.

Pandangan ini adalah berdasarkan kepada pendapat saya sendiri. Saya memang suka blogwalking. Niche blog yang saya suka baca ialah berkaitan:
- Dekorasi (minat saya!)
- Wanita berbisnes (sebagai sumber inspirasi)
- Motivasi dan Keagamaan


Ada blog yang saya boleh baca tanpa jemu bermula dari perkataan pertama hinggalah perkataan terakhir WALAUPUN ia tidak mengandungi gambar langsung! Mungkin jika ditulis di atas kertas A4 ia sebanyak 3 mukasurat, namun saya sedia membacanya. Malah ia menjadi blog yang wajib saya jenguk setiap hari. Menanti updates daripada si penulis blog.


Antara sebabnya ialah kerana cara penulisan dan penyampaian. Kita akan 'jatuh hati' dengan blog tersebut sehingga kita menjadi pembaca setia. Ada blog peribadi yang hanya berkongsi kisah kehidupan harian sahaja, namun apabila ia ditulis dari hati, disampaikan dalam bentuk yang menarik, maka ia berjaya memikat hati pembaca.


Itu adalah salah satu cara untuk membina blog berpengaruh. Sekali pembaca membacanya, mereka akan datang lagi... dan lagi. 


Untuk itu, membina blog berpengaruh boleh kita lakukan. Yang penting, kita mestilah sentiasa update blog agar pembaca tidak tertunggu-tunggu update dari kita. Konsisten dalam berblog, InsyaAllah kita akan mendapat tempat dihati para pembaca. Mungkin ia mengambil masa yang panjang, jadi kenalah sabar dan syok sendiri dulu. Anggaplah kita ada ramai pembaca sedangkan pada hakikatnya kita sendiri yang dok keluar-masuk baca blog kita!

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...