Bisnes Kita... Tanggungjawab Kita!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Dalam apa jua bisnes dan cara ia dijalankan, kita tak dapat lari daripada menghadapi cabaran. Turun-naik dalam bisnes adalah lumrah! Tapi, tak ramai yang mampu bertahan sehingga banyak bisnes terpaksa ditutup. 

Sebab itulah, salah satu cara untuk kita kekal bermotivasi ialah berada dalam 'kumpulan'. Jika dalam Multilevel Marketing (MLM), sering ditekankan kepentingan untuk memilih kumpulan dan pemimpin yang tepat. Be in the right group, choose the best leader!

Tapi, sekiranya kita berada di dalam kumpulan yang sehebat mana sekalipun, dipimpin oleh pemimpin yang berjaya setinggi mana sekalipun, jika kita sendiri tidak berusaha untuk bisnes kita... kita memang takkan ke mana!


Kita yang menentukan perjalanan sebenar bisnes kita. Sebab hanya kita yang tahu dan tetapkan matlamat dan halatuju bisnes kita. Jangan kita menyalahkan kumpulan, pemimpin atau orang lain sekiranya kita tidak berjaya. Mungkin budaya kita, lebih nampak kesilapan/kelemahan orang lain berbanding diri kita sendiri.

Mungkin ia salah satu cara untuk 'menyedapkan hati kita' atau sebagai alasan kukuh untuk mendapat simpati orang lain. Sememangnya perkara sebegini memang biasa berlaku. Tapi, siapa sebenarnya yang rugi? Hanya kita yang tahu jawapannya.

Dalam bisnes, umpama kita mempertaruhkan nasib. Tapi tak bermakna kita perlu menyerah kalah terlalu cepat. Bisnes memang memakan masa. Pilih mentor untuk membimbing kita. Mereka dah lalui malah dah 'tebas' semak-samun yang perlu kita lalui untuk sampai ke destinasi.

Kenapa kita taknak ikut? Kenapa perlu kita nak susahkan diri nak tebas carik jalan lain? Ikut saja mentor. Tiada mentor yang mahu lihat Protege dia gagal! 

Untuk itu, saya seru kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan yang baca blog ini, agar anda sentiasa mengambil tanggungjawab untuk bisnes masing-masing. Sentiasa ingat Formula kejayaan ini walau apa jua bisnes yang kita buat:

Ilmu + Bertindak + Rujuk Mentor + Doa = KEJAYAAN!

Jika dalam Akademi Bekerja di Rumah, anda boleh rujuk Guru Online, Pengasas Akademi Puan Masayu Ahmad dan juga Pengurus Online. InsyaAllah mereka pasti berbesar hati untuk membantu. TAPI, untuk dibantu, kita mesti bantu diri kita dulu. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. We need two to tango!


Salam sayang;
Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah



Comments

Popular Posts