Posts

Showing posts from August, 2014

Nak Jadi Super WAHM, Super MOM? Miliki eBook ni dulu!

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid & Masayu Ahmad Image: Akademi Bekerja di Rumah


"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. 
Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
OLEH: Masayu Ahmad 24.2.2013 Pengasas Akademi Bekerja di Rumah
**********************************************************************************…

Dunia dan Akhirat... Ilmu Jambatan Kejayaan Keduanya

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum. Bicara petang... sementara menunggu waktu maghrib setelah anak pulang dari sekolah, cukuplah bicara ringkas sahaja. 


Setiap hari, kita bertungkus-lumus mengejar impian dunia dan akhirat. Jika kita mengejar dunia, mungkin kita akan tertinggal akhirat (Nauzubillah). TETAPI, kejarlah akhirat... nescaya kamu pasti mendapat kedua-duanya.
Bermulalah dengan menuntut ilmu. Mungkin kita tak mampu untuk belajar secara bersemuka dengan guru, tapi kita beruntung kerana zaman sekarang pelbagai cara ada untuk kita menimba ilmu. Pokoknya, tepuk dada tanya iman.
Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Shah Alam "Syurga" Makanan!

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi

Masa masih tinggal kat Shah Alam, nak makan kat luar memang best! Sebut jer nak makan apa, baik untuk sarapan, lunch, minum petang, dinner even supper... asalkan ada duit semua boleh makan!


Saya jarang masak! Even masa masih bekerja, belum ada anak, dah ada anak, dah berhenti kerja pun kerap makan kat luar. Nak kata malas tu yer jugak hehehe. Tapi kalau makan kat luar boleh rasa pelbagai makanan.


Kalau saya masak? Ulang tayang menu sama. Walaupun suami cakap saya masak sedap (ehemmm ehemmm), tapi masalahnya saya sendiri dah muak dengan masakan sendiri. Alasan kukuh untuk skip memasak!


Tapi... bila pindah ke Semenyih... separuh jiwaku pergi! Kami sekeluarga dah mati kutu nak makan apa. Memang setakat ni kami tak jumpa tempat makan best. Ke kami yang tak jumpa tak tahulah.


Kalau nak makan sedap sikit dan rajin, kami akan ke Bangi. Itu pun bukan selalu. Oh! Rindunya makanan di Shah Alam.

Sekian. Entry santai. Wassalam.

SAYA JUAL| Bio Seleza Feminine Pad

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Hai-O Marketing Sdn. Bhd.



Assalamualaikum.
Syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan produk terbaru khusus untuk kaum wanita iaitu Bio Seleza Feminine Pad
Ia diperbuat daripada kapas, mengandungi tenaga Bio Velocity, Far Infrared Rays (F.I.R), Nano Silver dan Ion Negative yang dapat membunuh bakteria dengan berkesan. Disamping itu, ia membantu melancarkan peredaran darah dan memberi tenaga.

Bio Seleza Feminine Pad JUGA BOLEH digunakan oleh kaum lelaki untuk membantu masalah buasir, angin pasang, buasir & pelbagai lagi fungsi lain melalui tenaga Bio Velocity dan FIR. 




Bio Seleza Feminine Pad| Produk Info

Bio Seleza Feminine Pad terdiri daripada: Day Safe Night Safe Night Safe (Extra Long) Ciri-ciri 9 lapisan perlindungan untuk ketiga-tiga jenis di atas:


Bio Seleza Feminine Pad juga ada Panty Liner. Kepada kawan-kawan yang gemar dan perlu pakai Panty Liner... this is the right choice for you!
Ia didatangkan dengan 6 Lapisan Perlindunga…

Bisnes Kita... Tanggungjawab Kita!

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum.
Dalam apa jua bisnes dan cara ia dijalankan, kita tak dapat lari daripada menghadapi cabaran. Turun-naik dalam bisnes adalah lumrah! Tapi, tak ramai yang mampu bertahan sehingga banyak bisnes terpaksa ditutup. 
Sebab itulah, salah satu cara untuk kita kekal bermotivasi ialah berada dalam 'kumpulan'. Jika dalam Multilevel Marketing (MLM), sering ditekankan kepentingan untuk memilih kumpulan dan pemimpin yang tepat. Be in the right group, choose the best leader!
Tapi, sekiranya kita berada di dalam kumpulan yang sehebat mana sekalipun, dipimpin oleh pemimpin yang berjaya setinggi mana sekalipun, jika kita sendiri tidak berusaha untuk bisnes kita... kita memang takkan ke mana!

Kita yang menentukan perjalanan sebenar bisnes kita. Sebab hanya kita yang tahu dan tetapkan matlamat dan halatuju bisnes kita. Jangan kita menyalahkan kumpulan, pemimpin atau orang lain sekiranya kita tidak berjaya. Mungkin budaya kita, lebi…

10 Ciri Wanita Sukses Bekerja di Rumah

Image
Teks: Puan Masayu Ahmad
Image: Google

1. Fokus

2. Tahu matlamat bekerja dari rumah

3. Tahu matlamat kewangan

4. Tahu dan pandai buat wang

5. Pandai buat wang bijak urus wang

6. Kekal di hadapan untuk selesaikan matlamat

7. Kekal bertenaga dan disiplin

8. Tidak mudah terpedaya dengan kuasa 'Malas'

9. Tidak mudah putus asa

10. Tahu untuk selesaikan matlamat apabila sudah mula

Tak tahu bagaimana nak bermula atau nak bisnes apa... atau dah ada bisnes tapi perlukan bimbingan? Anda digalakkan sertai Akademi Bekerja di Rumah. Sertai jaringan kami, InsyaAllah dengan komitment yang pastinya wajib anda berikan juga bimbingan dari Guru Online anda mampu mencapai matlamat menjadi WAHM.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 
Rahayu Abdul Rashid Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah SMS/Whatsapp: 013 - 255 0727

SAYA JUAL| Marine Essence Beauty Bar

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Anda atau keluarga anda mengalami masalah kulit seperti:
✘ Eczema
✘ Jerawat
✘ Kulit sensitif / gatal
✘ Ketiak / badan berbau
✘ ketiak, leher ,lutut dan kelengkang gelap
✘ Jerawat muka / badan
✘ Kuat berpeluh sehingga rasa tidak selesa
✘ Demam campak 

Jika YA! 
Anda mesti mencuba Sabun Marine Essence aka Sabun Ketiak.



KELEBIHAN SABUN MARINE ESSENCE:
-Mencerahkanketiak dan celah-celah badan yang gelap. -Menghilangkan daki dan kesan gelap siku, lutut dan buku lali. -Mengurangkan rekahan/kematu pada tumit/tapak kaki. -Membantu mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat radang eczema. -Menghilangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan. -Membantu mengurangkan masalah jerawat pada belakang badan. -Melembutkan kulit. -Menghilangkan kesan parut. - Membantu meredakan kegatalan/parut demam campak. -Mengembalikan kesegaran dan keselesaan setiap kali menggunakannya.
Hubungi saya untuk pembelian.
Rahayu Abdul Rashid
013 - 255 0727

Yang Pantas itu MASA!

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.


Cepat masa berlalu. Hari ni dah pertengahan bulan Ogos. Syawal pun dah nak sampai ke penghujungnya. Jemputan Rumah Terbuka mesti banyak kan?

Makan-makan juga... kesihatan mesti diutamakan. Berat badan? Ermmmmmmmmmmmm... pasti menjadi mimpi ngeri kalau berat badan naik.

Tak apa, lepas Syawal kita diet. Hehehe.


Tiada apa yang hendak dikongsikan pada hari ini. Cuma saya ingin menjemput rakan-rakan pengunjung blog ini untuk menjadi Follower di Blog Peribadi saya di:

www.ayurashid.com (click)
Sehingga berjumpa lagi dan selamat berhujung minggu.
Salam Sayang; Rahayu Abdul Rashid

"Jika saya tak ambil peluang tersebut..."

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Throwback... Januari 2005 saat saya baru sahaja 6 bulan berkhidmat di Unisel sebagai Pembantu Penyelidik di Research Management Centre. Pengarah RMC memberitahu saya yang saya dikehendaki pergi berkursus selama 10 hari di Stuttguart, Jerman.

Apa reaksi saya?
Saya cakap macam ni: "Ala Dr., layak ke saya pergi. Saya baru jer kerja 6 bulan kat sini. Ramai lagi staf lain yang lagi layak. Nanti apa orang kata?"
Lepas tu, Pengarah (seorang Proffessor) pun jawab: "Rugi kalau you tak pergi. Ni jer peluang you nak pergi oversea ditaja sepenuhnya. Lainlah you mampu pergi sendiri. Bukan dekat, Jerman!"
Alhamdulillah. Saya ambil peluang tersebut. Semua ditaja Unisel dan pihak kontraktor yang membangunkan Unisel's Virtual Reality Lab.
Walaupun hanya 10 hari... ia adalah pengalaman terhebat pernah saya lalui. Memang betul kata boss saya tu. Saya takkan dapat peluang lagi... 

Terima kasih atas peluang tersebut. Saya telah menja…

Sedekah yang Mudah dan Jimat

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi
Kita mungkin tidak mampu bersedekah dengan wang ringgit. Kita mungkin tidak mampu meng-infakkan harta benda.  Kerana kita hidup seadanya. 
Tapi... jangan bataskan diri kita daripada amalan bersedekah kerana faktor di atas. Kita semua mampu bersedekah.  Setiap hari... di mana sahaja.
Bagaimana?
Beri haiwan makan minum pun satu sedekah yang tak terhitung nilai pahalanya. Ia menyemai rasa belas kasihan sesama makhluk.
Bersedekahlah walau hanya dengan lebihan nasi, ikan, keropok atau apa sahaja yang boleh dimakan haiwan. Mereka akan mendoakan kita.  InsyaAllah, dengan izinNya... makhluk Allah ini mungkin membantu kita dari dijamah api neraka.

Semoga sedekah juga membuka pintu rezeki dan keberkatan rezeki buat kita.  Amin.
Salam sayang. Rahayu Abdul Rashid

IKLAN

Kelas Asas Blog| Kenapa 44 Entries?

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: ABDR & Koleksi Peribadi
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari Isnin datang lagi, bermakna bermulalah lagi perjuangan baru untuk minggu ini. Minggu yang sudah masuk ke pertengahan bulan Ogos. 
Alhamdulillah juga, bulan ini sudah masuk bulan keempat saya menyertai Akademi Bekerja di Rumah. Dengan modal yuran sebanyak RM200 untuk Pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage, dalam bulan pertama sahaja saya sudah mendapat semula pulangan RM200 dan lebih daripada itu. 


Pada pagi yang masih sejuk dan segar ini (saya selalunya update blog pada pukul 7.15 pagi) sesudah anak sulung pergi sekolah agama pada jam 7.00 pagi dan selalunya anak kedua saya yang berumur 3 tahun lebih masih tidur lagi. 
Inilah waktu paling sesuai untuk saya update kedua-dua blog saya. Tapi selalunya saya hanya update blog ini sahaja kerana blog ini memerlukan idea yang lebih bernas sedangkan blog peribadi lebih santai yang selalunya saya update pada waktu tengahari atau petang. 



Memiliki beberap…

WAHM| Di Dalam Pahit... Ada Manisnya

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Google
Assalamualaikum.
Bunga ros memang cantik dan wangi. Ros merah lambang cinta sejati yang mekar menyala-nyala. Bukankah begitu? Kita tahu, disebalik cantik dan wanginya bunga ros, tidak kira apa jua warna dan jenisnya, batangnya mempunyai duri yang tajam!
Tapi, kita tetap ingin memetik si bunga nan cantik itu. Kenapa? 
Kerana ia cantik dan sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia, khususnya kaum Hawa yang menyukai bunga dan kecantikan. Kaum Adam pula boleh menjadikan bunga ros sebagai cara untuk memikat dan memujuk hati si Hawa pujaan hati. *Tiba-tiba terkenang zaman muda remaja dulu hehe.

Begitu juga kehidupan dan cabaran sebagai Working at Home Mom (WAHM). Siapa pernah melaluinya, pasti merasai pengalaman tersebut. Kitalah isteri, ibu, 'pekerja', 'boss' dan cikgu!
Bermula seawal pagi saat membuka mata, sehinggalah memejamkan mata untuk tidur. Tugasan tak pernah habis. Malah, kadang-kadang selalu saya terfikir.
"Kalaulah aku  …

BLOG| Membina Blog Berpengaruh

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Google
Assalamualaikum.
Pandangan ini adalah berdasarkan kepada pendapat saya sendiri. Saya memang suka blogwalking. Niche blog yang saya suka baca ialah berkaitan: - Dekorasi (minat saya!) - Wanita berbisnes (sebagai sumber inspirasi) - Motivasi dan Keagamaan

Ada blog yang saya boleh baca tanpa jemu bermula dari perkataan pertama hinggalah perkataan terakhir WALAUPUN ia tidak mengandungi gambar langsung! Mungkin jika ditulis di atas kertas A4 ia sebanyak 3 mukasurat, namun saya sedia membacanya. Malah ia menjadi blog yang wajib saya jenguk setiap hari. Menanti updates daripada si penulis blog.

Antara sebabnya ialah kerana cara penulisan dan penyampaian. Kita akan 'jatuh hati' dengan blog tersebut sehingga kita menjadi pembaca setia. Ada blog peribadi yang hanya berkongsi kisah kehidupan harian sahaja, namun apabila ia ditulis dari hati, disampaikan dalam bentuk yang menarik, maka ia berjaya memikat hati pembaca.

Itu adalah salah satu cara untuk…

Tips Memulakan Bisnes Online| Produk Apa Nak Jual?

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum. Ramai yang ingin memulakan bisnes online samada secara separuh masa atau sepenuh masa. Lambakan produk yang boleh kita jual mungkin menyebabkan kita keliru... apa produk nak jual ni?

Tapi... jika kita ingin memulakan sebuah bisnes online, kita perlu memilih produk yang sesuai dan semestinya mendapat permintaan daripada pelanggan. Jangan terburu-buru ingin mengeluarkan atau mencipta produk sendiri. Seelok-eloknya cuba dulu berniaga produk orang lain samada sebagai Agent Dropship, Agent berdaftar secara terus dengan syarikat/pengeluar produk atau menjual produk hasil daripada 'air tangan' sendiri seperti makanan, kraftangan, hasil jahitan dan tanaman.
Cuba hasilkan dan pasarkan dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Buka pasaran melalui promosi di blog, fanpage, facebook dan instagram kerana ia adalah PERCUMA!

Apabila mula mendapatkan hasil, barulah boleh ditambah kuantiti dan gunakan modal dan keuntungan ya…

Kembali Bersiaran di Blog Panduan WAHM Bersama Ayu Rashid

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin daripada saya Ayu Rashid dan seisi keluarga. 
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andai ada saya tersilap dan mengguris perasaan para pembaca dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Macam mana dengan sambutan hari raya rakan-rakan semua? Pasti penuh dengan suka dan duka. Kita meraikan Aidilfitri 2014 ini dengan penuh kesayuan. Malah seluruh dunia turut meratapi musibah yang berlaku. 

Namun, sebagai hambaNya kita tetap mampu menadah tangan dan berdoa, semoga Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam di Gaza. Begitu juga mangsa MH370 dan MH17. Bersabarlah wahai keluarga mereka sekalian. SesungguhNya Allah itu Maha Pengasih. Dia tidak pernah menganiaya hambaNya. 

Itulah juga salah satu tanda 'kasih dan rindu' daripadaNya. Untuk mendengar kita semua (bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi kita semua!) merintih dan merayu kepadaNya. DIA rinduk…