Monday, July 7, 2014

Target Bisnes Bulan Ramadhan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.


Bulan Ramadhan bulan mencari ganjaran pahala dan meningkatkan amal ibadat. Dalam masa yang sama, ramai di kalangan kita mencari pendapatan tambahan melalui bisnes. Kepada yang sememangnya berbisnes, inilah masa menggandakan usaha untuk menggandakan pendapatan. Bukankah begitu?


Islam tidak melarang kita menjadi kaya. Malah kita memang digalakkan untuk menjadi kaya. Namun, semestinya ia berlandaskan hukum agama dan rezeki yang diperolehi hendaklah digunakan dengan niat dan cara yang betul.

Bersedekah juga memerlukan wang. Nilai sedekah bukanlah ukuran, namun keikhlasan hati adalah perkara paling utama. Semoga sedekah itu akan meringankan beban insan lain, dan dalam masa yang sama ia membantu kita menyucikan harta, hati dan menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan. 


Apakah target pendapatan anda pada bulan Ramadhan ini?

Sebanyak mana target kita, ia mestilah seiring dengan usaha. Mulakan dari awal bulan agar kita tidak tergopoh-gapah apabila hampir sampai ke 'dateline' yang kita tetapkan. Tetapkan matlamat dengan jelas supaya tindakan kita konsisten dengan target.


Semoga kita semua dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Dan semoga rezeki yang kita perolehi adalah rezeki yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...