Friday, July 11, 2014

Pray for Gaza



Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak kita dustakan?
Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaan dan rahmatNya.
Sederhana... tapi ia sempurna (bagiku)

Bersamalah kita berdoa agar Allah membantu rakyat Palestine di Gaza.
Mereka kini bermandikan darah kerana mempertahankan Islam dan tanahair.

Di saat kita bergembira menyambut bulan Ramadhan,
Bersahur dan berbuka puasa dengan pelbagai juadah.
Mereka bagaimana?

Kita tak mampu mengangkat senjata atau memberi pertolongan lain.
Namun, kita mampu bersedekah walaupun hanya RM1... RM10 dan seterusnya.
Namun... yang pasti kita mampu menadah tangan berdoa...
Agar Allah mempermudahkan dan membantu mereka.


Kepada yang telah Syahid.
Syurga menantimu dengan izin Allah.

Kita pula bagaimana?
Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada menjadi hamba yang kufur nikmat.
Nauzubillah.

Salam Jumaat dan Salam Sayang;
Rahayu Abdul Rashid

*Pendaftaran Kelas Online Akademi Bekerja di Rumah masih berjalan seperti biasa. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...