Tuesday, July 8, 2014

BLOGGING| Jadikan Hobi sebagai Sumber Pendapatan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi dan ABDR

Assalamualaikum.
Siapa suka menulis blog? Pasti ramaikan!

Percaya atau tidak, kalau yang suka menulis, berblog boleh menjadikan kita 'ketagih'. Bila dah upload gambar, menaip, baca dan edit, preview... lepas tu baca lagi, edit lagi jika perlu dan akhir sekali published. Dah published, eh... ada lagi nak edit... pergi edit lagi sekali. Bunyi macam renyah dan buang masa, tapi hati puas!

Seronok bila tengok hasil canaian jari-jemari gemokku terpapar di internet!
Tak kisahlah orang nak cakap syok sendiri ke, perasan bagus ke, macam best jer citer dia nak share, eleh benda macam tu pun nak tunjuk... pokoknya berpegang kepada kata-kata 'ada aku kesah, dah blog aku, aku punya sukalah... hahaha, maka dunia blogging memang sangat menyeronokkan!


Masa berlalu, tahun demi tahun. Ledakan bisnes online memuncak di Malaysia. Ia bukan lagi perkara janggal bershopping melalui online. Jadi, seorang demi seorang blogger menjadikan blog suka-suka pada asalnya kepada blog untuk menjana pendapatan!

Blog mendahului Facebook!

Saya juga melalui fasa yang sama. Berblog dari tahun 2006. Masa tu guna internet kat office. Astagfirullah Ayu, berdosanya aku dulu huhuhuuu. Semoga Allah ampunkan dosaku yang lalai suatu ketika dulu. Ada hikmah saya berhenti kerja, kalau tidak cerah masa depan masih menggunakan internet dan waktu bekerja untuk perkara selain dari tugas hakiki. Khilafku!



Bila dah sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan Pakej Yuran RM200, saya semakin yakin untuk menjalankan bisnes online yang mengfokuskan pemasaran dan penyaluran maklumat produk/perniagaan dan penjenamaan diri melalui BLOG.

Saya tahu, kunci kepada kejayaan bisnes online adalah melalui channel untuk menyampaikan dan mendapatkan maklumat iaitu Google. Blog adalah kaedah yang paling tepat untuk menempatkan bisnes/produk yang kita niagakan di dalam carian Google.


Networking dalam Akademi Bekerja di Rumah sememangnya banyak membantu saya menempatkan blog saya di dalam carian Google. Sememangnya, blog adalah lubuk untuk menjana pendapatan khususnya kepada para wanita yang hanya ingin bekerja dari rumah. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...