Wednesday, July 2, 2014

BERNIAGA UMPAMA MENANAM POKOK BUNGA DARI BIJI BENIH!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamulaikum. 
Alhamdulillah. Sudah masuk hari ke-4 Ramadhan. Semoga segala amalan kita diterima Allah, dan apa jua kekurangan akan ditampung dengan Rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Hari ni saya nak berkongsi tentang konsep berniaga dan menanam pokok bunga dari biji benihnya. Mentang-mentang suka tanam pokok bunga walaupun pokoknya selalu mati walaupun beli yang dah besar! Tapi yang penting minat dan keazaman yang tinggi tu harus ada. Hidup ke mati pokok tu, itu lain cerita!

Saya suka pokok bunga butang! Macam dalam gambar kat bawah ni yang saya snap dari rumah mak mertua. 

Pokok butang ni menumpang kat dalam pasu pokok bunga lain saja. Malah saya tengok mak tak ambil tahu pun pasal pokok nan sepohon ni. TAPI! Dia punya bunga dan subur tu, MasyaAllah cantik dan gebu sangat! Ini saya snap masa pokok ni dah tua, sebab tu bunga dah ada yang mulai kering dan daun macam tak berapa hijau dah. TAPI bunganya tetap cantik!

Benihnya dari bunga. Bila dah kering, boleh campak jer kat tanah. InsyaAllah akan tumbuh. Saya cuba juga biakkan, bila benihnya dah bercambah dalam panjang 3cm, mulalah kering! Tangan panas atau tanah tak sesuai, entahlah. Tangan panas agaknya, tanam apa pun susah nak hidup!

TAPI.... tengoklah benih yang saya letak kat dalam pasu di rumah mak ni. Bukan main subur lagi! Haaaa, mungkin keadaan tempat tak sesuai. Saya di Semenyih tanam pokok letak bawah bumbung, mak pula letak bawah pokok. Redup tapi tetap kena cahaya matahari. *taknak kalah tu, nak juga bagi alasan!


APA KAITAN TANAM POKOK BUNGA BUTANG NI DENGAN BISNES?

Konsepnya secara ringkas saja saya nak kongsikan.

Tanam pokok bunga atau suka bunga bukan semua orang minat. Malah ada orang perempuan yang langsung tak suka bunga! Tapi, bila seseorang tu suka (macam saya!). Tak kisah la bunga hidup atau artificial, tetap suka! Bunga tahi ayam pun saya suka. Cantik ok!

Macam tu juga dengan bisnes. Bukan semua orang minat nak bisnes. Tapi kita mungkin terpaksa buat. Bila dah buat, lama-lama boleh jadi suka.

Bila dah buat, kena usaha sungguh-sungguh! Apa jadi, teruskan buat.
Pokok bunga saya banyak yang mati. Tapi saya tetap nak tanam. Mati, beli baru. Atau ambil saja dari rumah mak atau mak mertua. Sungguh tak malu! Tapi bila bawak balik ada jugak yang mati. Hahhahha.

Bisnes pun sama.
Bukan semua yang kita usahakan akan berjaya. Kita memang kena fokus. Tapi bila ia berada diluar kemampuan atau jangkauan kita, tak salah kita cuba yang lain. Atau buat beberapa bisnes dalam satu masa. Walaupun tanggungjawab semakin bertambah, kita perlu ada KUASA FOKUS!

Bahagikan masa antara keluarga, tugas hakiki (jika anda bekerja makan gaji) dan masa untuk setiap bisnes. Bila buat bisnes online atau menjadi WAHM, kita boleh pelbagaikan sumber pendapatan. Biar sikit asalkan dari pelbagai cabang. Bila kita dah capai satu momentum atau hasil yang paling besar dan konsisten dalam salah satu bisnes tersebut, kita pilih untuk fokus sepenuhnya.

ITULAH YANG SEDANG SAYA LAKUKAN SEKARANG.

Doakan saya, semoga berjaya dalam bisnes-bisnes yang saya jalankan dan juga menjadi penanam dan penjaga pokok bunga yang berjaya (ehehhhe)

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...