Thursday, July 24, 2014

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas



Maaf Zahir & Batin

Daripada;
Rahayu Abdul Rashid dan Keluarga

NOTA: Ucapan awal, sebab kami sudah nak balik kampung.... 

Friday, July 18, 2014

Salam Takziah MH17

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google


DaripadaNya kita datang... KepadaNya jua kita akan kembali.

Al-Fatihah dan Salam Takziah.



Thursday, July 17, 2014

Perkhidmatan| Upah Buat Blog Bisnes

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: ABDR

Assalamualaikum.

Jika rakan-rakan inginkan khidmat upah buat blog bisnes, bolehlah hubungi saya. 


Dengan bayaran RM200 sahaja anda akan dapat semua yang dinyatakan dalam gambar di atas. InsyaAllah tempahan akan disiapkan dalam masa 2-3 hari.

Ia memudahkan anda bukan?

Hubungi saya:
Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013 - 255 0727
rahayu4179@gmail.com

Friday, July 11, 2014

Pray for Gaza



Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak kita dustakan?
Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaan dan rahmatNya.
Sederhana... tapi ia sempurna (bagiku)

Bersamalah kita berdoa agar Allah membantu rakyat Palestine di Gaza.
Mereka kini bermandikan darah kerana mempertahankan Islam dan tanahair.

Di saat kita bergembira menyambut bulan Ramadhan,
Bersahur dan berbuka puasa dengan pelbagai juadah.
Mereka bagaimana?

Kita tak mampu mengangkat senjata atau memberi pertolongan lain.
Namun, kita mampu bersedekah walaupun hanya RM1... RM10 dan seterusnya.
Namun... yang pasti kita mampu menadah tangan berdoa...
Agar Allah mempermudahkan dan membantu mereka.


Kepada yang telah Syahid.
Syurga menantimu dengan izin Allah.

Kita pula bagaimana?
Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada menjadi hamba yang kufur nikmat.
Nauzubillah.

Salam Jumaat dan Salam Sayang;
Rahayu Abdul Rashid

*Pendaftaran Kelas Online Akademi Bekerja di Rumah masih berjalan seperti biasa. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Wednesday, July 9, 2014

Widget that will Improve Your Blogger Blog


Assalamualaikum.
Kita suka tak kalau masuk blog, lepas tu tunggu loading tak siap-siap! Elok-elok nak baca, terus pegi tekan "X" terus! Geram pun ada kan!

Itu mungkin berpunca daripada internet yang slow ataupun blog tu sendiri yang 'berat'. Sebab apa berat? Mungkin sebab sarat dengan Widgets yang banyak atau 'berat untuk loading". Contoh ada applications yang gerak-gerak laaa, kelip-kelip laaa, terbang sana-sini laaa. Alahai! Nak cantik dan meriah punya pasal, sudahnya readers X terus.

Ni saya nak share hasil carian Google tentang Widgets yang dapat bantu tingkatkan blog kita. Maksudnya Widgets yang penting dan wajib ada kat blog kita. Haaaa, cuba baca, ada tak Widget untuk yang saya sebut kat atas.


Widgets or Gadgets as we all use to call them unlike in Word press they call them Plug-in, they are very important and they play an important role for SEO also. Therefore in this article I’ am going to show you what are important widgets or Gadgets that you should use for your Blogger blog, so that you can make your Blog better.

In the earlier stages when I first started Blogging, I add as many gadgets as I wanted and I end up deleting them later on because some of them are of no use. This is one of the mistakes that I have made and I don’t want you to make the same mistakes that I have made. But you should note that not all widgets are useless, there might be some that will work for you and not for me. In this article I’ am going to show you only the important widgets that every Blog should have.


In this article, I have included:
1.       Most important Widget.
2.       How to insert them. (except for no. 3) Which I will be showing in my next post.



The most important widgets are, (only four of them)

#1 Subscription widget: This is the most important widget that you should have in your blog. I have seen that some Blogs don’t have this widget, sometimes when someone wants to subscribe to their blog they cannot because they don’t have this widget and in the end you will lose a ton of traffic. Use this widget so that it will benefit your readers, who wanted to get your latest article.
I have written an article on How to offer subscription to your readers. Click here

#2 Popular Post Widget: This is also one of the widgets that you should use for your Blog so that that your readers will know what are the most popular article in your Blog and when they see that widget they will get entice to see your popular article and that is important for your Blog so that it will increased your page views. Therefore you should try it.

#3 Facebook Page widget: If you have a Facebook page you should have this widget, having this widget help your readers to like your page and get the updates from your page through Facebook and that in turn will increase your traffic, you can also use the twitter widget if you think that it will help you.

#4 Google Plus Badge or Followers: Last but not the least, the Google Plus widget is also important since it will help your readers to add you in Google Plus and in turn when you write a new post it will be updated also to your Google plus profile, when that post gets more 1+, it is said that you will rank higher in Google search engine, won’t that help your blog, yes, it will surely help your blog.


Semoga bermanfaat. Jumpa lagi. Wassalam.

Tuesday, July 8, 2014

BLOGGING| Jadikan Hobi sebagai Sumber Pendapatan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi dan ABDR

Assalamualaikum.
Siapa suka menulis blog? Pasti ramaikan!

Percaya atau tidak, kalau yang suka menulis, berblog boleh menjadikan kita 'ketagih'. Bila dah upload gambar, menaip, baca dan edit, preview... lepas tu baca lagi, edit lagi jika perlu dan akhir sekali published. Dah published, eh... ada lagi nak edit... pergi edit lagi sekali. Bunyi macam renyah dan buang masa, tapi hati puas!

Seronok bila tengok hasil canaian jari-jemari gemokku terpapar di internet!
Tak kisahlah orang nak cakap syok sendiri ke, perasan bagus ke, macam best jer citer dia nak share, eleh benda macam tu pun nak tunjuk... pokoknya berpegang kepada kata-kata 'ada aku kesah, dah blog aku, aku punya sukalah... hahaha, maka dunia blogging memang sangat menyeronokkan!


Masa berlalu, tahun demi tahun. Ledakan bisnes online memuncak di Malaysia. Ia bukan lagi perkara janggal bershopping melalui online. Jadi, seorang demi seorang blogger menjadikan blog suka-suka pada asalnya kepada blog untuk menjana pendapatan!

Blog mendahului Facebook!

Saya juga melalui fasa yang sama. Berblog dari tahun 2006. Masa tu guna internet kat office. Astagfirullah Ayu, berdosanya aku dulu huhuhuuu. Semoga Allah ampunkan dosaku yang lalai suatu ketika dulu. Ada hikmah saya berhenti kerja, kalau tidak cerah masa depan masih menggunakan internet dan waktu bekerja untuk perkara selain dari tugas hakiki. Khilafku!



Bila dah sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan Pakej Yuran RM200, saya semakin yakin untuk menjalankan bisnes online yang mengfokuskan pemasaran dan penyaluran maklumat produk/perniagaan dan penjenamaan diri melalui BLOG.

Saya tahu, kunci kepada kejayaan bisnes online adalah melalui channel untuk menyampaikan dan mendapatkan maklumat iaitu Google. Blog adalah kaedah yang paling tepat untuk menempatkan bisnes/produk yang kita niagakan di dalam carian Google.


Networking dalam Akademi Bekerja di Rumah sememangnya banyak membantu saya menempatkan blog saya di dalam carian Google. Sememangnya, blog adalah lubuk untuk menjana pendapatan khususnya kepada para wanita yang hanya ingin bekerja dari rumah. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Monday, July 7, 2014

Target Bisnes Bulan Ramadhan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.


Bulan Ramadhan bulan mencari ganjaran pahala dan meningkatkan amal ibadat. Dalam masa yang sama, ramai di kalangan kita mencari pendapatan tambahan melalui bisnes. Kepada yang sememangnya berbisnes, inilah masa menggandakan usaha untuk menggandakan pendapatan. Bukankah begitu?


Islam tidak melarang kita menjadi kaya. Malah kita memang digalakkan untuk menjadi kaya. Namun, semestinya ia berlandaskan hukum agama dan rezeki yang diperolehi hendaklah digunakan dengan niat dan cara yang betul.

Bersedekah juga memerlukan wang. Nilai sedekah bukanlah ukuran, namun keikhlasan hati adalah perkara paling utama. Semoga sedekah itu akan meringankan beban insan lain, dan dalam masa yang sama ia membantu kita menyucikan harta, hati dan menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan. 


Apakah target pendapatan anda pada bulan Ramadhan ini?

Sebanyak mana target kita, ia mestilah seiring dengan usaha. Mulakan dari awal bulan agar kita tidak tergopoh-gapah apabila hampir sampai ke 'dateline' yang kita tetapkan. Tetapkan matlamat dengan jelas supaya tindakan kita konsisten dengan target.


Semoga kita semua dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Dan semoga rezeki yang kita perolehi adalah rezeki yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Wednesday, July 2, 2014

BERNIAGA UMPAMA MENANAM POKOK BUNGA DARI BIJI BENIH!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamulaikum. 
Alhamdulillah. Sudah masuk hari ke-4 Ramadhan. Semoga segala amalan kita diterima Allah, dan apa jua kekurangan akan ditampung dengan Rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Hari ni saya nak berkongsi tentang konsep berniaga dan menanam pokok bunga dari biji benihnya. Mentang-mentang suka tanam pokok bunga walaupun pokoknya selalu mati walaupun beli yang dah besar! Tapi yang penting minat dan keazaman yang tinggi tu harus ada. Hidup ke mati pokok tu, itu lain cerita!

Saya suka pokok bunga butang! Macam dalam gambar kat bawah ni yang saya snap dari rumah mak mertua. 

Pokok butang ni menumpang kat dalam pasu pokok bunga lain saja. Malah saya tengok mak tak ambil tahu pun pasal pokok nan sepohon ni. TAPI! Dia punya bunga dan subur tu, MasyaAllah cantik dan gebu sangat! Ini saya snap masa pokok ni dah tua, sebab tu bunga dah ada yang mulai kering dan daun macam tak berapa hijau dah. TAPI bunganya tetap cantik!

Benihnya dari bunga. Bila dah kering, boleh campak jer kat tanah. InsyaAllah akan tumbuh. Saya cuba juga biakkan, bila benihnya dah bercambah dalam panjang 3cm, mulalah kering! Tangan panas atau tanah tak sesuai, entahlah. Tangan panas agaknya, tanam apa pun susah nak hidup!

TAPI.... tengoklah benih yang saya letak kat dalam pasu di rumah mak ni. Bukan main subur lagi! Haaaa, mungkin keadaan tempat tak sesuai. Saya di Semenyih tanam pokok letak bawah bumbung, mak pula letak bawah pokok. Redup tapi tetap kena cahaya matahari. *taknak kalah tu, nak juga bagi alasan!


APA KAITAN TANAM POKOK BUNGA BUTANG NI DENGAN BISNES?

Konsepnya secara ringkas saja saya nak kongsikan.

Tanam pokok bunga atau suka bunga bukan semua orang minat. Malah ada orang perempuan yang langsung tak suka bunga! Tapi, bila seseorang tu suka (macam saya!). Tak kisah la bunga hidup atau artificial, tetap suka! Bunga tahi ayam pun saya suka. Cantik ok!

Macam tu juga dengan bisnes. Bukan semua orang minat nak bisnes. Tapi kita mungkin terpaksa buat. Bila dah buat, lama-lama boleh jadi suka.

Bila dah buat, kena usaha sungguh-sungguh! Apa jadi, teruskan buat.
Pokok bunga saya banyak yang mati. Tapi saya tetap nak tanam. Mati, beli baru. Atau ambil saja dari rumah mak atau mak mertua. Sungguh tak malu! Tapi bila bawak balik ada jugak yang mati. Hahhahha.

Bisnes pun sama.
Bukan semua yang kita usahakan akan berjaya. Kita memang kena fokus. Tapi bila ia berada diluar kemampuan atau jangkauan kita, tak salah kita cuba yang lain. Atau buat beberapa bisnes dalam satu masa. Walaupun tanggungjawab semakin bertambah, kita perlu ada KUASA FOKUS!

Bahagikan masa antara keluarga, tugas hakiki (jika anda bekerja makan gaji) dan masa untuk setiap bisnes. Bila buat bisnes online atau menjadi WAHM, kita boleh pelbagaikan sumber pendapatan. Biar sikit asalkan dari pelbagai cabang. Bila kita dah capai satu momentum atau hasil yang paling besar dan konsisten dalam salah satu bisnes tersebut, kita pilih untuk fokus sepenuhnya.

ITULAH YANG SEDANG SAYA LAKUKAN SEKARANG.

Doakan saya, semoga berjaya dalam bisnes-bisnes yang saya jalankan dan juga menjadi penanam dan penjaga pokok bunga yang berjaya (ehehhhe)

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.


Tuesday, July 1, 2014

Kenapa Akademi Bekerja di Rumah?

Teks & Image: Akademi Bekerja di Rumah

Akademi Bekerja di Rumah!


780 blog, 11 guru online, 25 kelas online. 43 barisan Pengurus Online yang dedikasi. Bergabung bersama kami, menuju 1000 penyertaan Ramadhan ini. Akademi Bekerja di Rumah, kumpulan sokongan untuk para suri bekerjaya yang mahu mula bergelar WAHM, dan para suri rumah yang mahu mula ada pendapatan sendiri.



Bagaimana mahu mula? Sertai pilihan kelas di ABDR
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- Produk sendiri
- Bisnes Makanan Sunnah
- Projek Duit Raya
- Telekung Solat
- Produk Islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Penulisan Kreatif
5. Pendaftaran Pengurus Online
6. Pendaftaran Kelas Urus Akaun WAHM SOHO
7. Kelas Penulisan eBook
8. kelas Asas Wordpress
9. Tempahan blog peribadi, bisnes (siap 3 hari)
10. Beriklan di SOHO Directory


Kenapa kelas ini diadakan? 

Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut/pendaftaran.
Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013 - 255 -727
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...