Thursday, June 5, 2014

DIY Playdoh Gandum

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Bersiaran langsung dari kampung suami. Telah masuk hari kedua di sini. Suami bekerja di Muar, Johor. Insya Allah, esok kami balik ke Besut pula. Dania dan Hariz sudah tak sabar nak jumpa Nenek Jah pula (ibu saya).

Bila update blog menggunakan handphone, agak sukar hendak berceloteh panjang lebar. Jari gemuk ni, asyik salah tekan jer. Nanti balik Semenyih saya balas dendam berceloteh panjang lebar. 

Syukur Alhamdulillah. 
Dengan adanya kemudahan Internet di hujung jari, saya dan pastinya ramai lagi peniaga Online dapat berbisnes walau di mana jua berada. 

Jika dalam tahun 2011 semasa saya baru memulakan bisnes Online, masih belum gunakan lagi android atau gadjet yang mobile. 

Nak check email, Yahoo Messenger (masa tu belum ada Whatsapp lagi tau!), nak tengok Facebook dan nak update blog mesti nak kena guna Desktop atau labtop. 

Lepas tu, kena ada broadband. Kalau balik kampung, broadband bertambah slow. Lagi kan kat Shah Alam pun slow, apalagi bila kat kampung. Memang bercinta la menunggu loading!

Tapi, Alhamdulillah. Rezeki sentiasa ada. Asalkan kita usaha. Adatlah dalam bisnes ada turun naik. Itu semua pengalaman yang kita tempuhi sepanjang berbisnes. Nanti yang pahit tu la akan buatkan kita bersyukur dan tersenyum bila ingat semula.

Bila di rumah, saya bahagikan masa untuk keluarga dan bisnes. Salah satu aktiviti yang saya luangkan bersama Hariz... 





BUAT KUIH-MUIH!

Sampai balik ke kampung pun Hariz bawak balik Playdoh GANDUM yang saya buat sendiri. Lebih seronok main Playdoh Gandum berbanding playdoh sebenar. Jimat dan sedap dilenyek-lenyek :P

Cara buat:
Gandum + air + minyak masak + pewarna + garam

Tahan lama. Letak dalam tupperware atau tipuware lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Nak main, baru keluarkan.

Jenuh jugalah nak melayan Hariz main. Sabar jer lah... Creative Time katanya!


Sehingga berjumpa lagi. WASSALAM.

1 comment:

nurul hafizan abdul rahman said...

ajarlah hariz buat donut..tambah yis je pun..hikhik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...