Wednesday, June 18, 2014

SOHO| Wujudkan Suasana Bekerja yang Selesa

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Cantik tak gambar SOHO yang saya share ni? Ini tentulah daripada Google Image. Kalaulah SOHO saya macam ni, betapa bertuahnya saya. Tapi, saya tetap berimpian untuk memiliki SOHO selengkap dan secantik ini. 


Daripada pengalaman saya sendiri, bekerja dari rumah sebenarnya memerlukan fokus yang lebih berbanding bekerja di pejabat. Pasti ada rakan-rakan yang pernah bekerja makan gaji dan kemudiannya bekerja dari rumah bersetuju dengan saya.

Kenapa saya katakan sedemikian?

1. Di rumah kita dikelilingi anak-anak yang mungkin masih kecil dan pelbagai peringkat umur. Menguruskan keluarga dan berbisnes memang mencabar. Kita perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan bisnes. Apabila berada di 'ruang pejabat' kita, kita perlukan fokus agar beberapa jam yang kita peruntukan untuk bisnes digunakan sepenuhnya. Kualiti masa sangat penting. 


2. SOHO yang selesa membantu meningkatkan semangat dan momentum untuk kekal bermotivasi. Saya memang suka dekorasi, sebab itulah SOHO yang selesa dan lengkap sentiasa saya idamkan. Duduk sahaja di SOHO, saya akan bersemangat walaupun hanya melayari internet sahaja! Sebab itulah saya lebih selesa update blog menggunakan labtop dan WAJIB duduk di meja kerja saya.


3. SOHO yang selesa membantu kita membuat sistem pengurusan dokumen dan fail yang teratur. Pasti rakan-rakan yang buat bisnes walaupun sekecil mana pun akan ada buku rekod pelanggan, rekod transaksi, rekod kewangan, rekod stok produk dan buku-buku. Tidak semua pun, satu atau dua pasti ada. Susun file, buku atau dokumen menggunakan sistem filing dapat memudahkan kerja kita. Efektif!


4. SOHO membuatkan kita sentiasa 'ingat' tanggungjawab dan bisnes yang kita jalankan. 


Bagaimana SOHO idaman anda? 

Tak kiralah macam mana sekali pun SOHO yang kita miliki, asalkan kita ada kelengkapan atau gadjet untuk menjalankan bisnes, ia sudah mencukupi. Asalkan kita selesa dengan cara masing-masing dan paling utama, cara kita menjalankan bisnes adalah mesra keluarga. Bukankah anak-anak dan keluarga adalah keutamaan kita lebih-lebih lagi kepada wanita yang menjalankan bisnes di rumah secara sepenuh masa.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...