Sunday, June 1, 2014

Selamat Datang June 2014... Setengah Tahun Telah Berlalu

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Minggu ni Wifi ada problem.  Tiada line langsung selama beberapa hari. Semalam baru ada, tapi sekarang baru berkesempatan update blog. 

Hari ini sudah masuk 1 June 2014. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. 6 bulan telah kita lalui pada tahun 2014 ini. 

Bila berbicara tentang haribulan dan bulan, Kalendar Kuda lah yang menjadi pilihan hati sejak zaman berzaman! Datanglah kalendar secantik dan secanggih mana pun, kalendar kuda juga senang nak tengok. Nak tengok cuti apa, cari saja dalam Kalendar Kuda :P
Cuti sekolah juga telah bermula hari Rabu lepas. InsyaAllah, minggu depan kami akan balik ke Besut. Lambat sedikit balik kampung kerana suami masih lagi bekerja. 

Sebelum pulang ke kampung, banyak perkara berkaitan kedua-dua bisnes yang saya jalankan perlu diselesaikan dan dibuat perancangan. Maklumlah, di kampung tiada Wifi. Line internet di telefon alahai, sendu ajer. 

Alhamdulillah, hari ini juga 1 June 2014 genap 2 bulan saya menyertai Akademi Bekerja di Rumah. Selain itu, saya juga kembali menumpukan kepada bisnes Hai-O Marketing. Syukur alhamdulillah. Sentiasa ada rezeki untuk kami sekeluarga.

Untuk bulan June 2014, Target telah pun disiapkan. Cuma ada beberapa lagi perlu diperhalusi semula. Target bulanan mesti dibuat supaya kita dapat kekalkan momentum dan bermotivasi. Tercapai atau tidak bukan alasan untuk kita tidak membuat Target Bulanan. Kalau tiada target, lagilah tiada hala tuju.

Plan Your Work... Work Your Plan!

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam. 

1 comment:

zailahafni said...

Berapa banyak kalendar ada pun, tetap jugak kalendar kuda yang paling best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...