Thursday, June 19, 2014

Peluang yang Besar...

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google



Pernah tak kita alami situasi seperti kata-kata Allahyarham Hamka di atas?
Saya pernah melaluinya. Saat saya sudah hampir putus asa dan hilang arah tujuan. Namun, setiap dugaan atau kesempitan yang datang, InsyaAllah akan disertakan juga dengan peluang atau dengan kata lain Hikmah yang tersembunyi.


Cuma, terpulang kepada kita untuk menilai dan mengambil peluang yang datang itu atau membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Kita memberikan pelbagai alasan sebelum kita mencubanya. Berjaya atau gagal bukanlah persoalannya. Rebutlah dulu peluang tersebut kerana semakin lama kita berlengah semakin banyak yang kita terlepas atau peluang itu tidak akan datang lagi!


Tiada jalan mudah untuk berjaya. Semasa di alam persekolahan atau universiti pun kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Begitu juga semasa bekerja, kita memerah otak, tenaga dan keringat untuk mendapat rezeki. Sedarkah kita bahawa itu adalah peluang untuk kita meraih kejayaan dunia dan akhirat.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...