Bisnes Online... Bisnes di Mana Sahaja!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Teringat kembali sewaktu masih bekerja dulu. Masa tu anak masih baru seorang (Dania). Salah seorang rakan sepejabat beritahu. Boss saya siap maklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti. Staff beliau suka sangat cuti dan cuti bersambung (maksudnya, ambil cuti hari Jumaat, lepas tu pandai-pandai sambung cuti lagi hari Isnin!). Apa lagi, Emergency Leave (EL) la kan!

Eh! Kalau anda nak tau. Sayalah tu! Staf paling suka bercuti antara 4 lagi rakan di pejabat. Maklumlah, kampung jauh. Kalau balik sehari dua tu, penat pun tak sempat nak hilang. Itu baru balik Keratong, belum balik Besut lagi.

Lagi pun, Kelayakan Cuti Tahunan saya ialah 20 hari setahun. 
Itu belum termasuk lagi cuti tahun-tahun lepas yang tak pernah habis! Bertambah-tambah lagi bila dapat Cuti Ganti jika ada kursus atau program yang melibatkan hari Sabtu dan Ahad. Macam mana cuti tak jadi banyak kan? Nak ambil cuti memang susah, sebab kerja sentiasa ada. Nak cuti pun susah hati. Sedang bercuti pun handphone tak henti berbunyi. Dah rasa handphone saya tu syarikat yang belikan dan bayar bilnya.

Nasib baik masa tu anak baru seorang. Dania baru berumur dalam 4 tahun masa saya berhenti kerja. Kalau anak sudah sekolah macam sekarang, tak tahulah macam mana nak balik kampung. 

Kini, semua itu telah jadi kenangan. Setelah bekerja dari rumah, bila-bila masa boleh balik kampung jika cuti sekolah. Tak perlu susah hati nak isi Borang Permohonan Cuti. Itu yang paling seronok bila sudah tak kerja makan gaji. 

Hariz kerap mengajak papanya pergi otell (hotel) ada kolam buih-buih.
Ini penangan pergi Mahkota Hotel Melaka la masa Harijadi Papa dia bulan Mac lepas.
Demand bukan main budak-budak zaman sekarang!


Throwback June 2012. Budak baru dapat kaki. Balik kampung kat Besut pergi kenduri. 
Bulat lagi badannya. Jalan terkedek-kedek macam itik pulang petang!


Alhamdulillah. Work from Home semakin mudah dengan perkembangan teknologi. Walaupun di kampung line internet sangat slow tapi masih boleh digunakan. Cuma kena sabar tinggi menggunung! Boleh la daripada tak ada langsung kan?

Selalunya, Instagram dapat baca Captions saja. Gambar tak keluar pun! Memang makan hatilah juga :P Tapi kena usaha lebih sebab sekarang dalam Projek Duit Raya 2014. Akademi Bekerja di Rumah memang banyak membantu saya dalam bisnes. 

Sebab tu ayu bersyukur ditemukan dengan Akademi Bekerja di Rumah. Jika rakan-rakan masih terkapai-kapai dalam mencari arah bisnes dan untuk menjana pendapatan, janganlah teragak-agak untuk menyertai. Tak rugi pun RM200 yang kita bayar untuk sertai Akademi Bekerja dari Rumah. Kita akan dapat lebih dari tu. Percayalah!

Sehingga berjumpa lagi. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau hendak bersembang berkongsi idea dan pengalaman dalam Akademi Bekerja di Rumah. Biar sedikit, asalkan ada. Jangan tunggu lama-lama, semakin lama orang lain semakin ke depan. Kita?

Too much analysis lead to paralysis!

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Comments

Popular Posts