Balik Besut!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Menaip entry di dalam kereta! Jangan sampai pening kepala sudah lah yer. Hanya entry ringkas, menyambil katanya. Sebelum terlelap! Saya memang suka tidur dalam kereta. Dania duduk di seat penumpang depan.

Saya dan Hariz duduk di seat belakang (tengah). Seat paling belakang, macam biasa... sudah menjadi bonet. Penuh dengan barang. Maklumlah bantal pun angkut dari Semenyih. Macamlah rumah mak tiada bantal. 

Dah kebiasaan kami guna bantal sendiri. Pergi hotel, balik kampung atau ke rumah saudara untuk bermalam memang bawa bantal seorang satu. Dania lagi over, wajib bawa bantal peluk. Alahai anak omak!

Gambar tidak berkaitan sama sekali dengan entry!
Semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan. Semoga terlerai rindu Nenek Jah pada cucu-cucunya. Rindu kat cucu dah lebih daripada rindu anak yer. Hehehe. Meniti hari tua kan... cucu-cucu saja penyeri hidup.

Selalu terfikir... bila saya dah tua nanti.. jika dipanjangkan usia... bagaimanalah nasih saya.

Jauh fikirkan... ok jumpa lagi. Nanti bersiaran dari Besut pula. Bisnes ABDR dan Hai-O berjalan seperti biasa. Bila semuanya Online, rezeki sentiasa ada dengan izinNya.

Hubungi saya untuk maklumat kedua-duanya. Wassalam.

Comments

Popular Posts