Friday, May 2, 2014

Tips Kekalkan Momentum WAHM| Buat Target Bulanan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Sebagai seorang WAHM, kita perlu kekalkan momentum. Sebab dalam bisnes online, ada pasang surut dan cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi jika kita memiliki anak-anak yang masih kecil seperti saya. Jika momentum tidak dikekalkan atau diperbaharui, bisnes entah ke mana, kita pun entah ke mana.

Saya nak kongsikan salah satu Tips yang paling penting untuk mengekalkan momentum sebagai WAHM iaitu Penetapan Matlamat Bulanan (Monthly Goal Setting). 

Pada setiap 1hb, kita mestilah menyediakan Target Matlamat Bulanan yang kita hendak capai. Contohnya semalam telah pun 1 Mei 2014. Target kita sebolehnya mengikut ciri-ciri seperti di bawah:

Janganlah baru hari ini buat bisnes online, dah target nak dapat RM20k sebulan. Memang boleh dicapai, tapi tidak begitu logik. Melainkan anda buat bisnes yang luarbiasa sistemnya. Saya cadangkan, berpada-pada bila buat target jangan sampai tidak logik untuk dicapai. Sebab jika tak dapat dicapai, mungkin kita akan terlalu kecewa yang boleh mematahkan terus semangat kita untuk berbisnes.


Target mestilah disediakan dengan jelas secara bertulis di atas kertas! 
Bukan di dalam handphones atau labtop. Secara bertulis manual adalah lebih baik. Back to old school yer. Kerana minda luar sedar kita akan lebih fokus dan bersemangat bila kita menulis berbanding menggunakan gadjet sahaja.

Target di gadjet kita boleh buat juga untuk rujukan semasa kita berada di luar kawasan atau rumah jika kita perlukan quick updates. Jadi, seeloknya ada secara bertulis dan di gadjet.

Ini contoh Target Bulan Mei 2014 yang saya buat semalam. 

Saya suka menggunakan Planner pada kertas berbanding Planner/Diari. 
Walapun ada 3 buah Planner 2014, tapi saya gunakan Planner yang dibeli dari kawan secara Online dan kemudian dicetak.  Ia lebih fleksible untuk dimasukkan ke dalam handbag. Maklumlah selalu balik kampung, malas hendak membawa Planner yang tebal dan berat. 

Buku Nota juga penting. 
Sebab saya akan tulis secara details Target secara:
Bulanan
Mingguan
Harian

Ia merangkumi maklumat lengkap mengenai:
- Berapa jumlah jualan dan untung bersih
- Jenis produk dan jumlah target
- Jumlah Bonus dan Komisen
- Pecahan promosi/jualan 
- Catatan Ringkas

Saya juga tuliskan komitment yang perlu saya buat. Tulis besar-besar supaya ia jadi Push Factor untuk saya berusaha.
- Untuk mak
- Bayar Insurance
- PTPTN
- Astro dan Elektrik mak
- Sedekah
- Reward untuk diri sendiri
(Disertakan dengan berapa jumlah untuk setiap Items)
 

Ini pula contoh pecahan target dari Bulanan kepada Mingguan dan kepada Harian.
Sebab bila kita pecahkan macam ni, target yang kita rasakan sangat besar akan jadi lebih kecil.

Contoh:
Katakan bulan Mei saya target hendak menjual 90 kotak Mineral Coffee.
Saya akan pecahkan kepada:

*Bulan Mei = 31 hari*
Target 90 kotak dalam masa 30 hari 
(90 kotak / 30 hari =2 kotak/sehari)

Jadi, kita boleh nampak dengan jelas apa yang perlu kita laksanakan untuk menjual 2 kotak kopi tersebut setiap hari. Sekurang-kurangnya 2 kotak, kalau dapat lebih sudah pasti lebih baik. Lebih banyak untung runcit dan bonus daripada syarikat yang kita akan dapat.


Untuk bulan Mei, Ayu sudah pun menyediakan Target untuk Akademi Bekerja di Rumah dan penjualan produk Hai-O Marketing Sdn. Bhd. Buat masa terdekat ini, saya hanya menjual produk sahaja, tidak lagi mengembangkan jaringan Rakan Kongsi. Kerana saya lebih selesa menjalankan bisnes sepenuhnya secara Online kerana faktor logistik dan keluarga.

Kepada rakan-rakan pembaca yang ingin membeli produk Hai-O Marketing atau ingin menjadi Agent Dropship atau ahli untuk guna sendiri atau bisnes dengan modal yang kecil, saya tetap menerimanya. Tetapi saya hanya akan bimbing dan bantu anda secara Online sahaja (Facebook dan Whatsapp). 

Untuk Akademi Bekerja di Rumah pula, saya mensasarkan untuk menambah Rakan Niaga di bawah bimbingan Cikgu Zaila, menjual eBook dan Pakej Pengiklanan. 

Sekian perkongsian daripada saya berkaitan Tips Kekalkan Momentum sebagai WAHM melalui Membuat Target Bulanan. Walau apa jua bisnes yang kita lakukan, jadikan amalan membuat target bulanan sebagai kewajipan kita kepada bisnes kita. 

Semoga perkongsian tidak seberapa ini bermanfaat untuk kita bersama. Wassalam.

2 comments:

Kuazue Mohd said...

salam ziarah dan bertukar link. salam kenal. Tq atas perkongsian. Tips yang menarik dikongsi bersama.

http://kuazue.blogspot.com

Dalila Yusof said...

salam selamat berkenalan geng abdr..jemput datang ke blog sy
http://dalilayusof.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...