Tuesday, May 13, 2014

Tiada Idea untuk Update Blog?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi dan Google

Assalamualaikum.
Hari ini, kebanyakan negeri bercuti sempena Hari Wesak. Kami hanya berada di rumah sahaja kerana 'cuti tersepit' dan si suami terpaksa bekerja! Kenapa dikatakan terpaksa bekerja? Kerana Sabtu dan Ahad pun beliau dan kawan-kawannya perlu bekerja. Semoga bulan depan gaji berganda-gandalah yer, dah boleh shopping raya!

Bagaimana cuti anda? 


Ayu hanya nak share sedikit sahaja, memandangkan sejam lagi dah tiba waktu untuk Hariz nap. Sementara dia sedang leka bermain dan menonton TV, boleh saya update blog sekejap. Untuk berblog entry yang santai, alhamdulillah, saya cuma perlukan kurang dari setengah jam untuk siapkan satu entry. 

Setiap kali ingin menulis di blog, saya selalunya akan fikir beberapa minit tentang apa yang hendak dikongsikan. Seperti yang tertulis dalam gambar di bawah, 3 perkara ini adalah sangat penting untuk kita menghasilkan entry blog agar kita tidak ketandusan idea.


1. Idea
Banyak perkara yang kita boleh jadikan idea untuk membuat entry. Kita boleh berkongsi tentang diri, keluarga, isu semasa, hal sekeliling, ulasan produk/perkhidmatan dan sebagainya. Jika boleh, jangan jadikan blog kita sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah, propaganda politik atau perkauman, gossip, atau hal-hal negatif yang boleh memudaratkan. Biarlah blog kita menjadi 'saham pahala' untuk kita. Janganlah sebalikya. 

2. Think
Menulis seeloknya dari hati. Jadi diri kita. Perkongsian dari hati akan sampai ke hati pembaca. Fikir dahulu sebelum dan semasa menaip entry blog. Jangan lupa, baca sekali lagi sebelum ia di publish. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Tapi kita tukar sedikit: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak published mengundang kontroversi! Kena sentiasa ingat, setiap bait penulisan kita adalah cerminan diri kita, ia bisa menggembirakan pembaca atau menusuk kalbu yang mungkin terkesan sampai bila-bila!

3. Create
Bina identiti sendiri sangat penting dalam dunia blogging. Ia berkait rapat dengan perkara #2. Entry blog yang kita tulis seeloknya dibuat dengan matlamat yang jelas agar mesej atau maklumat yang ingin kita kongsikan berjaya disampaikan kepada pembaca. 


Oleh kerana saya mempunyai beberapa buah blog (tamak sungguh kan?), saya tidak dapat memberikan komitment sepenuhnya untuk update entry setiap hari. Tapi, oleh kerana blogging adalah minat dan salah satu punca rezeki saya, saya gembira menjadi blogger.

Ramai yang bertanya, macam mana untuk kekal konsisten dengan blog. Jawapannya tunggu entry seterusnya. Sekarang masa untuk 'merehatkan' mata :P

Jumpa lagi dengan entry yang saya janjikan. Wassalam. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...