Thursday, May 1, 2014

Selamat Datang Mei dan Rejab

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Hari ini kita buka lembaran baru dalam diari kehidupan kita. Selamat Tinggal bulan April. Selamat Datang bulan Mei!

Hari ini hari yang istimewa. Hari untuk meraikan semua insan yang bergelar Pekerja. Tidak kiralah apa jua jenis pekerjaan anda, samada bekerja makan gaji, berniaga sendiri atau berniaga online! Kita semua diraikan. 

Pasti ramai yang bercuti kan? Kalau terpaksa bekerja, tidak mengapa. Bayaran gaji 3 kali ganda. Tapi kalau bekerja sendiri bagaimana tu? Tidak mengapa, itu rezeki namanya. Kita patut bersyukur, kerana bila perlu bekerja maksudnya kita masih mempunyai pekerjaan dan sumber pencarian. Buatlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kerana Allah. Hati pasti tenang dan gembira.

Bagaimana anda meraikannya?
Kami sekeluarga berada di rumah sahaja. Cuti 'tersepit' orang kata, sebab hari ini hari Khamis, esok Jumaat. Anak sekolah. Duduk diam-diam saja di rumah :)

Selamat Datang Rejab!
Syukur Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik untuk kita semua sehingga bertemunya Ramadhan nanti.

Sama-samalah menambahkan amalan dengan penuh keikhlasan. Semoga Allah menerima amalan kita dengan sepenuh rahmatNya. Kerana kita tiada apa-apa pun, melainkan dengan izinNya. Subhanallah, Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...