Penjenamaan Diri dalam Bisnes melalui Blog

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Saya yakin, majoriti daripada peniaga online telah menjadi 'blogger' samada mereka suka ber-blog atau sebaliknya. Percayalah, jika anda memang serius ingin menjana pendapatan melalui online, anda wajib mempunyai blog. 

Memang betul! Blog akan membantu kita 'memasarkan' diri dan bisnes kita. Bagaimana cara kita 'memasarkan diri kita?" Ianya adalah Penjenamaan agar kita dapat menonjolkan diri dan membina kredibiliti serta kepercayaan pelanggan dan bakal pelanggan untuk membeli atau menggunakan produk/perkhidmatan yang kita tawarkan!


Jika anda pernah membaca Personal cum Business Blog saya iaitu www.ayurashid.com anda tentu tahu bahawa saya adalah Pengedar produk Hai-O Marketing Sdn. Bhd. sejak tahun 2011 sehinggalah sekarang. Bagaimana saya memasarkan dan mengembangkan jaringan perniagaan ini sedangkan saya hanyalah WAHM yang tidak mempunyai lesen memandu?

Inilah jawapannya:

Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mampu menjual 10 set Premium Beautiful korset yang berharga RM2400 dan RM2600 dalam masa sebulan tanpa pernah berjumpa dengan seorang pun daripada mereka. Malah mereka yang menghubungi saya untuk membelinya!


Inilah kuasa BLOG! 

Bagaimana mereka boleh mempercayai saya kerana mereka perlu memasukkan bayaran penuh sebelum saya membeli korset tersebut di stokis sebelum dihantar kepada mereka secara pos atau by hand untuk yang tinggal tidak jauh dengan kawasan saya tinggal?
Jawapannya ialah kerana kepercayaan mereka kepada saya!

Bagaimana saya membina kepercayaan mereka? RM2400 dan RM2600 itu bukan sedikit.
Jawapannya ialah kerana mereka 'mengenali saya' melalui penjenamaan dan kredibiliti yang saya bina di blog. Sedangkan pada waktu itu saya masih baru lagi dalam bisnes tersebut.

Sebab itulah, dalam business blog kita digalakkan untuk berkongsi sedikit tentang diri, keluarga, kerjaya dan kehidupan kita. Tidak perlu bercerita dengan terperinci sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan maruah keluarga. Cukuplah sekadar berkongsi apa yang perlu yang dapat dijadikan sebagai penghubung antara kita dan pembaca. Kerana pembaca blog kita adalah bakal pelanggan kita. 

Menulis dari hati, Insya Allah mesej yang kita ingin kongsikan pasti tercapai. Yang penting kita perlu konsisten dalam berblog.

Sekadar berkongsi, kenangan manis semasa Majlis Penganugerahan Pangkat Diamond Sales Manager pada Julai 2013. Saya bermula dalam bisnes dengan Blog, saya suka berblog dan jika saya boleh... anda juga pasti boleh!



Jika anda ingin bermula, anda boleh hubungi saya untuk mengetahui Pakej Belajar Asas Blog dan Fanpage Perniagaan. Dengan bayaran yuran Pakej RM200 sahaja, anda mampu mengubah kehidupan dan bisnes anda dengan blog.


Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013 - 255 0727

Comments

Kuazue Mohd said…
suka baca kat sini

Popular Posts