Panduan WAHM| Bagaimana Menguruskan Anak-anak dan Bisnes?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum. 

Ramai wanita berhasrat atau memilih untuk bekerja dari rumah dengan sebab utama untuk menjaga anak sepenuhnya. Niat yang sangat murni dan keputusan yang sangat hebat! Tahniah diucapkan dan Welcome to Working at Home Mom World!

Namun begitu, sedarkah kita bahawa keputusan tersebut datang bersama-sama pakej tanggungjawab yang sangat besar dan mencabar? Bagaimana pula cara untuk menguruskan anak-anak dan bisnes? Mampukah kita melaksanakan kedua-dua skop tugas tersebut dengan sempurna? 


Berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui sebagai WAHM dan juga melalui pengetahuan yang diperolehi melalui bacaan di internet dan majalah berikut adalah cara untuk menguruskan anak dan bisnes apabila kita bekerja dari rumah. 


1. Ia bergantung kepada setiap individu dan keadaan keluarga tersebut. 
Berapa bilangan anak, umur anak, anak telah bersekolah/dihantar ke nurseri/dijaga sepenuhnya di rumah,. Jika bilangan anak hanya seorang pasti ia lebih mudah, tetapi jika sebaliknya? Kita yang perlu bijak menguruskan masa. Bukannya anak tidur, kita pun tidur sama. Jika terlalu letih, cukuplah nap sahaja untuk mengembalikan tenaga dan mencerdaskan otak. 


2. Bahagikan masa untuk uruskan anak-anak, kerja rumah dan bisnes.
Jangan dicampur-adukkan kerana ia akan  mengundang tekanan kepada ibu dan anak apabila berlakunya 'pertembungan' antara keperluan masing-masing pada waktu tersebut. 


3. Jika itu adalah waktu ibu membantu anak membuat kerja sekolah atau bermain dengan mereka, tinggalkan dahulu urusan bisnes.
Fokus kepada anak. Ini akan memberikan rasa gembira kepada si anak kerana mereka merasakan mereka dihargai dan ibu ingin membantunya belajar. Ia bukan mengambil masa yang lama pun, mungkin lebih kurang setengah jam sahaja dalam setiap sesi. Begitu juga masa untuk bermain bersama anak. 


4. Jimatkan masa mengemas rumah. 
Tugas harian ini boleh dijimatkan apabila kita sentiasa memastikan rumah kita dalam keadaan bersih dan barangan di dalam rumah cukuplah yang basic sahaja. Ia lebih mudah untuk diuruskan dan meminimumkan masa kita untuk mengemas rumah. Tapi ia bergantung kepada individu kerana hiasan dalaman rumah adalah citarasa masing-masing.


5. Bila pula waktu untuk memasak? 
Jawapan ini adalah subjektif. Ada yang jenis tidak boleh atau tidak suka makan makanan yang dipanaskan. Setiap waktu makan mestilah makanan yang baru dimasak. Oh! Saya tidak mampu berbuat demikian. 

Namun begitu, masa untuk memasak boleh dijimatkan apabila kita menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan untuk memasak pada hari minggu atau malam sebelumnya. Menu juga boleh diatur untuk seminggu. Jadi, tidaklah pening memikirkan apa hendak dimasak. 


6. Waktu melipat kain dan mengemas pakaian?
I juga perlu diambil kira. Jadi tidaklah pakaian tidak berlipat tinggi menggunung! Saya sendiri pun jenis malas melipat kain. Tapi semenjak semakin sibuk dengan urusan bisnes, saya disiplinkan diri melipat kain sebaik sahaja kain cucian telah kering. Melipatnya pula selalunya sambil menonton TV. Jadi, sambil menonton TV tu, adalah jugak kerja rumah yang dapat saya siapkan. 


7. Bila waktu update blog? 
Untuk update blog memerlukan fokus kerana kita ingin menghasilkan entry blog yang berkualiti. Saya selalunya update blog selepas anak sulung pergi sekolah agama lebih kurang pukul 7.00 pagi. Anak kedua biasanya bangun tidur pada pukul 10.00 pagi. Jadi, dapatlah saya update blog dengan penuh ketenangan. 

Tapi, sambil update blog itu jugalah masa saya sarapan, masukkan pakaian dalam mesin basuh (jika tidak dibasuh waktu malam kerana saya selalunya basuh pakaian waktu malam), sidai kain dan terus kemas rumah. Saya juga terus masak makan tengahari sambil-sambil update blog! Bila anak kedua bangun, sudah siap semua kerja!

Selalunya saya update blog waktu malam juga. Tetapi bergantung pada pukul berapa anak kedua tidur. Hariz selalu tidur pukul 12 tengahmalam! Dania pula pukul 9.30 malam sudah tidur. Maklumlah dah sekolah, letih. Kalau Hariz tidur pukul 12 tengah malam, saya pun otak dah tepu. Lebih baik saya tidur daripada saya mengadap labtop tapi idea tak ada untuk update blog.


8. Beri masa untuk diri sendiri.
Kita bukan robot. Jangan terlalu beri tekanan pada diri sendiri kerana ia akan menjejaskan kesihatan dan emosi. Kerana bila dalam keadaan sebegini anak-anak akan menjadi mangsa. Jangan terkejut jika satu masa kita meronta-ronta hendak kembali bekerja kerana tidak tahan dengan tekanan.


9. Minta bantuan suami atau keluarga.
Kita buat bisnes untuk bantu suami juga, kita perlu terangkan dan fahamkan mereka apa bisnes kita buat, apa target kita untuk minggu ini, bulan ini dan seterusnya cara kita nak capai target tersebut. Saya setiap hari melaporkan progress bisnes pada suami. Lebih-lebih lagi bila ada sales masuk. Bukan hendak menunjuk, tetapi untuk memberitahu bahawa apa kita buat ada hasilnya, bukannya mengadap labtop atau gadjet tapi tak ada hasil. 


10. Kembali kepada fitrah manusia.
Usaha, doa dan tawakkal. Mohon dipermudahkan dan mohon kekuatan menghadapi ujian dalam menjadi WAHM. Niatkan kerana Allah, bukan kerana mencari redha manusia atau untuk berlumba-lumba. InsyaAllah, kita akan kuat walau apa pun dugaan yang kita lalui. 


Sekian perkongsian dari saya untuk hari Isnin yang indah ini. Kita sudah pun masuk minggu kedua pada bulan Mei. Semoga akan ada lebih ramai lagi wanita memilih untuk bekerja dari rumah dan anda dialu-alukan untuk menyertai Akademi Bekerja di Rumah. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. 

Wassalam.

Comments

Popular Posts