Thursday, May 15, 2014

Impian Hari Tua?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni kita telah sampai ke pertengahan bulan Mei 2014. 

Kebelakangan ini, badan agak letih sebab waktu tidur semakin tidak menentu. Paling awal dapat tidur pukul 12.30 tengah malam. Itu pun setelah Hariz tidur. 

Sakit-sakit badan pun satu hal juga. Kelmarin pergi klinik minta ubat sapu dan ubat tahan sakit. Tapi tak makan dan tak sapu! Macam mana nak baik ni?

Minggu depan Dania akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun. Semakin dekat nak periksa, semakin sibuk dia bertandang ke rumah Mak Longnya! Tak kasik pergi, kesian pulak. Takkan asyik terperap dalam rumah selain pergi sekolah dan mengaji. 

Terkenang semula, masa tinggal kat Flat PKNS Seksyen 7. Kesian Dania tak ada kawan hendak bermain selain di Nuri dan sekolah. Balik sekolah, berkurung dalam rumah. Walaupun saya lebih suka tinggal di rumah flat, tapi demi anak-anak, saya pasrahkan jua. 

Suami pula? Sukalah dia dapat tengok kereta parking depan pintu rumah! Kalau dulu, berpanas-berhujan kereta. Apa pun, syukur rezeki Allah berikan. Walaupun masih menyewa, kami dapat tinggal di rumah teres yang sewanya RM200 lebih murah berbanding rumah di Shah Alam dulu. 

Insha Allah, kami merancang untuk membeli sebuah lagi rumah. Tapi, jika diberi pilihan, sudah pasti saya ingin membeli tanah dan membina rumah design sendiri. Hanya mahukan rumah setingkat yang sederhana besarnya. Tidak mahu rumah 2 tingkat, sebab saya orang kampung sudah biasa rumah setingkat dan kecil saja. Lebih fleksibel dan mudah diuruskan. 

Tak apa, berangan tak perlu bayar! InsyaAllah, kalau ada rezeki pasti dapat. Kalau dapat buat di Kuantan lagi saya suka. Saya tidak pernah berhasrat untuk tinggal dibandar sehingga tua. Kalau boleh, lepas Dania habis darjah 6 terus hendak pindah tinggal di kampung. Tak kesah la, Terengganu ke... Kuantan ke... asalkan bukan di Selangor/KL. Tapi Melaka pun ok juga.

Semoga dipermudahkan. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...