Monday, May 26, 2014

Idea Bisnes dari Rumah berdasarkan Minat, Kemahiran dan Sumber yang Ada

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.

Bila memikirkan apa idea bisnes dari rumah  yang boleh kita lakukan, mungkin kita akan rasa buntu. 

Soalan-soalan yang mungkin membelenggu kita ialah:
1. Apa bisnes aku nak buat ni? 
2. Apa yang boleh hasilkan pendapatan berterusan? 
3. Mana nak dapat modal? 
4. Bagaimana nak bermula?
5. Mampu ke aku buat bisnes dari rumah sedangkan tiada produk atau pengalaman?

Berdasarkan kepada konsep Akademi Bekerja di Rumah, saya memang bersetuju dengan apa yang diamalkan. Mulakan bisnes dengan modal minimun (semestinya perlu mendaftar sebagai Ahli Akademi Bekerja di Rumah di mana Pakej Kelas bermula serendah RM150 sehingga RM300 sahaja).

Setelah anda berada dalam keluarga Akademi Bekerja di Rumah, melalui Analisa yang diberikan sebagai Tugasan untuk menentukan bidang atau niche blog dan bisnes yang sesuai anda jalankan. Ini adalah berdasarkan kepada:
1. Minat
2. Kemahiran
3. Sumber yang ada untuk memulakan bisnes


Mungkin ini adalah minat, kemahiran dan sumber yang anda miliki untuk memulakan bisnes online dari rumah. 

1. Berkarya dari Rumah 
Anda boleh menulis blog, menulis cerpen, artikel atau novel. Anda berpeluang menjadi Penulis di Majalah, Penulis jemputan dan penulis eBook. Penulisan mampu memberikan Passive Income kepada kita. Seronok bukan?
2. Bisnes berbentuk Perkhidmatan: 
Agent Insurance, Unit Amanah, Arkitek, Graphic Designer, Programmer dan sebagainya. 
Anda mungkin masih perlu keluar berjumpa Clients, tetapi melalui pemasaran secara Online anda berpeluang mendapat Potential Clients yang tidak terhad dengan penggunaan Internet dan jaringan Akademi Bekerja di Rumah.



3. Menjahit
Bidang yang tak pernah luput dek zaman. Semaju mana pun teknologi, pakaian yang berjahit dengan penuh seni adalah 'karya' terindah yang akan menghiasi badan si pemakai. Bukan sahaja menjahit pakaian, tapi pelbagai lagi seperti langsir, sarung sofa, sarung bantal, cadar, alas meja dan sebagainya. 




4. Memasak/Membuat Kek/Kuih-Muih
Semuanya boleh dijual secara Online. Memang bila difikirkan tak terjangkau dek akal sambal ikan bilis pun laris dipasaran online! 


5. Hasil Tanaman/Gardening
Pokok bunga, pokok sayur, benih pokok, baja dan tanah juga dijual online! Kalau yang suka bercucuk tanam memang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan pokok idaman, termasuklah saya yang pernah beli pokok Rose Jepun secara Online!




6. Hasil Kraftangan/Gubahan/Hantaran/Deco Craft
Untuk pencinta dekorasi atau yang ingin mengadakan apa-apa majlis istimewa. Malah ada Group khusus di Facebook untuk pencinta hasil karya seni seperti ini. Saya juga suka deco craft, cuma saya tidak berseni saja. 


Semoga perkongsian ringkas Idea Bisnes dari Rumah berdasarkan minat, kemahiran dan sumber yang anda miliki ini akan dapat membantu anda merealisasikan impian menjadi Working at Home Mom (WAHM).

Apa yang penting, berada dalam kumpulan dan rakan-rakan yang mempunyai kecenderungan yang sama, agar kita kekal bermotivasi dan dapat bertukar-tukar idea. 

Sebab itulah saya memilih Akademi Bekerja di Rumah. Saya ingin kekalkan momentum dan terus mengorak langkah sebagai WAHM yang berjaya. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...