Friday, May 16, 2014

Hobi| Membaca

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Sejak dari sekolah rendah sehinggalah sekarang, perkara yang paling saya suka lakukan sebagai hobi ialah membaca. 

Tidak kira di mana sahaja atau apa jua jenis bacaan, saya boleh baca dengan khusuk! Malah di dalam bilik air pun, saya sempat membaca walaupun bahan bacaan yang ada disitu hanyalah tulisan dibotol sabun atau syampu! Ini kejadian jika pergi ke hotel atau ke rumah orang. Mendalam bukan hobi saya nan satu ini?


Bahan Bacaan yang saya suka baca:
Apa jua jenis buku atau majalah saya akan baca. Pantang ada depan mata, itulah yang saya akan capai. Tapi, sepanjang hidup saya rasanya saya tidak pernah membeli NOVEL! Bukan tak suka baca, tapi saya lebih suka baca novel yang dipinjam sahaja. Nampak tak permainan orang kedekut disitu? 

Tapi, untuk bacaan lagi seperti buku ilmiah, majalah dekorasi saya memang tidak berkira. Asalkan rasa nak beli atau bila baca Review di internet, saya dengan tidak sabar ingin memilikinya. Namun begitu, saya tidak meminati majalah hiburan. Sebutlah apa pun, Mangga - URTV - apa-apalah berkaitan hiburan memang saya tak minat. Tapi kalau ada depan mata, saya baca jer hehe. Itu pun lebih banyak tengok gambar sahaja.

Masa saya membaca?
Tahu tak, bila saya beli buku atau majalah saya tak sabar 'khatamkan' dengan sekali hadap sahaja. Duduk dalam aircond, sambil menikmati secawan kopi, sambil makan makanan ringan atau buah dan semestinya tanpa gangguan. I want my me time with books! Please don't disturb me!

Tapi, dah ada anak ni, saya hanya mampu berangan sahaja untuk menikmati saat 'romantik' bersama buku! Keadaan sebenar? Baru sahaja buka buku tu, anak dah mula nak itu-ini. Sekejap nak airlah, nak susulah, nak ke toiletlah... Grrrrrrrrrrrrrrr! Sebab itulah saya rasa susahnya nak menjiwai buku yang saya baca. Baru nak feeling, sudah ada intteruptions! Hendak ambil semula feeling  tu, kena ulang semula. Kalau macam tu, bila nak habis membacanya?

Tapi, bila sudah minat semua tak jadi halangan. Sikit-sikit pun saya akan habiskan. Hendak membaca sewaktu anak sudah tidur pun tidak sesuai. Sebab Hariz tidur lewat. Kami pula tidur bergelap. Saya tidak selesa membaca di meja kerja. Lebih suka duduk disofa LShape gemuk sambil bersandar dan meluruskan kaki. Nizam pula akan menemani saya sambil dia menonton TV atau bermain games! Kami jauh berbeza, nizam tak suka membaca. Abaikan dia, asalkan saya ada teman pun sudah cukup membahagiakan. 

Sekarang saya tidak lagi gila shopping pakaian. Saya lebih suka shopping buku. Buku berkaitan motivasi dan keagamaan. Saya ingin tebus semula apa yang telah saya tinggalkan dan tidak ambil berat sebelum ini. Saya telah targetkan setiap bulan RM100 akan digunakan untuk membeli buku saya dan anak-anak. 

Semoga saya istiqamah dalam mencari ilmu dunia dan akhirat. Apa pula hobi anda?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...