Do What You Love, Love What You Do

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Menarik kan Quotes yang saya kongsikan ini:


Kejayaan dan kegagalan adalah sebuah pakej yang akan mengiringi perjalanan hidup kita. Bagaimana kita menilai kedua-duanya? Jika semasa kita belajar, telah ditetapkan sekian-sekian markah adalah Lulus dan Gagal. 

Tapi, bagaimana jika sudah berada di alam kerjaya atau perniagaan? Bagaimana kita menilainya? Adakah jika kita menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat kita sudah berjaya? Adakah jika kita mendapat 10K sebulan dalam perniagaan kita sudah berjaya?

Jika ditanya pada pendapat saya, nilai sebuah kejayaan atau kegagalan adalah sangat subjektif!

Ia bergantung kepada diri setiap individu tersebut. Daripada pengalaman saya sendiri, menjawat jawatan yang boleh dikatakan selesa memang seronok. Tapi, hanya diri saya sendiri tahu bagaimana perasaan dan tekanan yang perlu dilalui apabila terpaksa membawa kerja sampai ke rumah, malah kadang-kadang perlu menyiapkannya sehingga pukul 2 pagi! Jika tidak disiapkan, siapa lagi hendak tolong buat? Jika tidak disiapkan di rumah, di pejabat memang tidak berkesempatan kerana banyak lagi tugasan lain menanti.

Bila telah berada pada tahap sedemikian, tekanan mulai menyesakkan dada! Buat apa kerja pun sudah tidak boleh fokus dan paling dahsyat, saya sudah mula berat hati untuk melangkah ke tempat kerja! Badan sahaja berada di pejabat, tapi jiwa berada di rumah. Saya sudah tidak mampu membuat kerja dengan sepenuh hati dan semua dilakukan jadi tidak ikhlas. Kegembiraan untuk bekerja seperti sebelumnya tidak lagi wujud! Hanya tekanan, tekanan dan tekanan!

Bila saya berbisnes, tekanan pun sentiasa ada. Tapi saya masih dapat bertahan walaupun saya pernah mencuba bisnes lain. Tapi saya masih kekal dengan bisnes Hai-O Marketing kerana saya selesa dengan Pemimpin saya iaitu CDM Nurfaziha, kerana saya selesa dengan cara beliau. Walaupun saya tidak lagi seaktif dulu berbisnes, tapi saya masih selesa dengan bisnes ini. 


Saya memang suka berblog. Alhamdulillah saya ditemukan dengan Akademi Bekerja di Rumah. Puan Zaila banyak membimbing saya. Maka, saya gabungkan minat saya dalam blog untuk mengembangkan bisnes Hai-O yang saya jalankan. Ia adalah cara untuk saya membina Rangkaian Perniagaan Hai-O melalui Akademi Bekerja di Rumah.

Jadi, buat apa yang kita suka. Tapi tidak bermaksud kita boleh suka-suka hati tidak melakukannya bersungguh-sungguh. Bila rasa nak buat, kita buat. Bila malas atau tiada mood kita tak buat. Itu memang tak tahu saya nak cakap macam mana. Terpulanglah pada diri masing-masing.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Comments

Popular Posts