Blogging Tips| Tulisan sahaja atau Gambar?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Ini adalah pendapat peribadi saya sahaja berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya perolehi dari pembacaan di internet dan juga bisnes Premium Beautiful. Malah menjadi kemestian kepada saya dalam setiap entry blog, saya akan memasukkan sekurang-kurangnya sekeping gambar!

Jika tiada gambar langsung, itu mungkin kerana saya update blog menggunakan handphone dan berada di kampung. Sebab pada pendapat saya, entry blog yang mempunyai gambar adalah lebih menarik untuk dibaca.

Tulisan atau gambar sahaja?
Itu terpulang kepada blogger. Malah ada juga beberapa blog yang saya akan baca sampai habis walaupun tiada gambar langsung. Ini kerana contents blog tersebut sangat menarik untuk dibaca. Tapi, ia akan lebih menarik jika disertakan dengan gambar.

Saya sangat suka snap gambar. Tidak kira apa jua objek, jika saya rasakan ia menarik saya akan snap. Bila telah menjadi ibu, sudah pasti objek yang paling menarik untuk di snap adalah gambar anak! Dalam keadaan comel ke, comot ke, tersenyum ke, menangis ke... itulah objek  yang paling berharga untuk saya rakamkan moment tersebut.

Saya juga suka mengambil gambar bunga! Saya akan simpan gambar-gambar yang saya snap walaupun kadang-kadang ia tidak penting pun. Tapi, sebagai Blogger, saya memerlukan pelbagai koleksi gambar untuk dimasukkan di dalam entry blog apabila diperlukan.

Gambar buah-buahan ini saya snap dalam tahun 2010. Suami membawa buah-buahan ini setelah pulang dari outstation di Perak. Sungguh menyelerakan!

Cuba bayangkan, saya hanya menulis: 
"suami saya belikan buah cempedak, jambu batu dan jambu air sebagai buah tangan setelah pulang outstation dari Perak"

Terasa agak hambar kan? Cuba bandingkan dengan membaca ayat tersebut sambil melihat gambar buah-buahan tersebut. Ermmmmm, memang akan ada kelainan. Itu bermaksud penyampaian akan lebih menarik dengan adanya gambar.

Seperti tagline Fotopages:
Because a Picture Worth for a Thousand Words

Semoga tips ringkas ini dapat membantu anda berblog dengan lebih menarik dan efektif. Sehingga berjumpa lagi. Selamat berhujung minggu. Wassalam.

Comments

Popular Posts