Sunday, May 18, 2014

Akhirnya... Entry ke-44!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Alhamdulillah... akhirnya saya berjaya sampai ke entries ke-44 dalam blog Panduan WAHM bersama Ayu Rashid. 44 entries adalah tugasan yang menandakan bahawa pelajar Akademi Bekerja di Rumah telah berjaya melaksanakan semua tugasan yang telah ditetapkan.

Total Pageviews setakat saya menaip entry ini pada jam 9.55pm hari Ahad 18 Mei 2014 ialah 3530. Jumlah tersebut sudah cukup memberangsangkan kerana blog ini baru sahaja berusia sebulan lebih. 

Pastinya ia hasil daripada jaringan Bloggers Akademi Bekerja di Rumah kerana kami saling berkongsi link blog di blog/facebook/fanpage masing-masing. Jika hanya seorang sahaja berkongsi link blog, rasanya blog saya ini tidak mampu mencapai Total Pageviews sebanyak ini. Inilah salah satu kelebihan menjadi Ahli Akademi Bekerja di Rumah. Networking - Networking - Networking!


Kenapa 44 entry yang perlu pelajar ABDR siapkan?
Ia bertujuan untuk melatih dan mendisiplinkan diri agar sentiasa update blog. Bukankah kita digalakkan melakukan pengulangan sesuatu perkara itu sebanyak 40 atau 44 kali supaya ia menjadi tabiat kita? Itulah konsep yang diterapkan oleh Pengasas ABDR Puan Masayu Ahmad.

Walaupun saya tidak update blog ini setiap hari, namun saya masih update blog personal saya iaitu www.ayurashid.com. Jadi, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mendisiplinkan diri untuk update blog. Lagi pun, blog adalah minat saya. Saya menjadikan minat saya sebagai medium untuk membina rangkaian perniagaan dan mempromosikan produk yang saya jual.

Di samping itu juga, blog adalah tempat untuk saya berkarya, kerana saya sangat meminati bidang penulisan. InsyaAllah, saya akan mengambil kelas Online Asas Penulisan pula kerana saya mempunyai matlamat untuk menghasilkan eBook dan cerpen kelak. InsyaAllah, apabila anak semakin membesar saya lebih dapat fokus kepada minat saya pula.

Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Review saya tentang Akademi Bekerja di Rumah. Semoga Review tersebut memberi manfaat kepada semua. 

Wassalam, dan sekali lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...