Wow! Ketupat Palas Kini di Jual Secara ONLINE!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Bulan Ramadhan akan menemui kita dalam masa lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. Kita menunggu kedatangan bulan Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadhan. 3 bulan yang sangat istimewa dalam Islam. Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk menemui bulan-bulan tersebut. Amin.

Apabila tiba hari Raya, hidangan wajib di rumah emak saya mestilah ketupat palas. Isinya hanya pulut kosong, tidak dicampurkan dengan daging atau kekacang atau bahan-bahan lain sebagaimana ketupat palas yang kini telah di-inovasikan. Tekak saya pun sudah terbiasa dengan ketupat palas original. Lebih sentimental value, dan semestinya airtangan ibu adalah yang terbaik yang selalu dirindui.

Gambar ketupat palas semasa Hari Raya Aidiladha 2013 lepas. Selalunya Arwah Abang saya Azman yang akan mencari daun palas, tak perlu dibeli. Tapi kini tidak lagi, arwah telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada Disember 2013 lepas. Inilah 'daun palas' terakhir yang arwah carikan untuk kami. Al-Fatihah. 


Rendang ayam hasil airtangan saya yang dihidangkan bersama ketupat di atas. Alhamdulillah, dah boleh masak untuk kuantiti yang agak banyak (2 ekor tu banyak la kan untuk yang tak mahir memasak macam saya).

Teringinnya nak makan, menaip di kala perut lapar macam inilah akhirnya. 
Saya memang gemarkan pulut. Bagilah saya makan apa jenis pulut, semua saya akan makan dengan penuh kegembiraan! Ada rakan pembaca berasal dari Pantai Timur? Kita patut berbangga dengan ketupat palas, kerana ia hidangan evergreen!

Saya sudah nampak di Facebook  ada yang sudah mula mempromosikan Ketupat Palas secara ONLINE. Lihatlah kehebatan Online Business.  Apa kita tunggu lagi? Semua produk ada potensi untuk dijual secara online.

Jika tiada ilmu mengenai Blog dan Fanpage atau cara mempromosi bisnes anda, jangan segan hubungi saya. In shaa Allah saya akan membantu anda.

Jumpa lagi. Wassalam.

Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013 - 255 0727

Comments

Popular Posts