Tips untuk WAHM atau SOHO Sepenuh Masa

Teks: Group Facebook Rakan Niaga ABDR
Image: ABDR

Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca yang dihormati sekalian Tips yang sangat berguna ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu meleraikan kebuntuan anda. 

Berikut ialah beberapa saranan sebelum anda bermula sebagai WAHM atau SOHO sepenuh masa:

1. Mengenalpasti akaun aktif dan akaun pasif

2. Menyimpan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 tahun awal
(selepas berhenti kerja). Simpanan ini anda tentukan sejak anda bekerja dan meletakkan tarikh sekian-sekian untuk berhenti kerja dan memulakan WAHM atau SOHO.

3. Membuat penyelarasan semula, contohnya: suami akan menampung akaun aktif manakala isteri akan menjana pendapatan pasif.

4. Melakukan kerja sambilan untuk menjana pendapatan aktif, manakala sepenuh masa untuk pendapatan pasif.

5. Membuat dua tabungan, satu tabungan persediaan 3 tahun kecemasan (sebelum berhenti kerja), dan satu lagi tabung modal permulaan sebelum berhenti kerja.

6. Sangat penting mendapatkan seberapa banyak informasi berkaitan pengurusan kewangan sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja
dan memulakan soho secara sepenuh masa.

7. Sekiranya kewangan kembali tidak stabil, anda boleh kembali bekerja untuk menampung semula akaun aktif dan rancang semula pengurusan kewangan. Tidak ada istilah terlewat dalam melakukan perubahan. Bukan berapa banyak kita menjana pendapatan, tetapi bagaimana cekap kita menguruskan kewangan.

TIPS SETERUSNYA?
Baca lagi dalam ebook 101 Idea Home Based Bisnes
Harga Promosi : RM50 (harga asal RM100)


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013 - 255 0727

Comments

Popular Posts