SOHO yang Ringkas dan Praktikal

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Images: Koleksi Peribadi Penulis dan Google


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Small Office Home Office (SOHO) ialah 'nadi' kepada setiap orang yang bekerja dari rumah. SOHO sangat penting kerana ia memberikan suasana dan ruang bekerja supaya kita lebih fokus dan memberi 'peringatan' kepada kita bahawa kita melakukan kerja dari rumah, kita adalah majikan, kita adalah pekerja dan kita perlu fokus kepada apa jua jenis perniagaan atau perkhidmatan yang kita jalankan.

Image: Google

Saya ingin kongsikan ruang SOHO saya di rumah. Ianya hanyalah berbajet rendah dan ringkas sahaja. Saya memang suka berimpian besar. Ingin memiliki SOHO di dalam bilik khas, dilengkapi perabot berwarna putih, berdinding kelabu dan semestinya berhias dengan cantik. 

Tetapi, buat masa sekarang saya hanya mampu memiliki SOHO yang hanya diletakkan diruang tamu sahaja. Kenapa begitu?

Kerana saya mengutamakan kesesuaian dan 'practicality' memandangkan saya mempunyai anak yang sangat manja. Inginkan mamanya sentiasa berada di depan mata. Rumah sewa dua tingkat yang kami diami sekarang menghadkan keinginan ber-SOHO di dalam bilik khas. 

Akhirnya, saya memilih untuk meletakkan meja kerja saya di ruang tamu dan bertambah menarik lagi di depan bilik air! Begitu indah sekali kedudukannya kan? Tak mengapa, asalkan saya dapat buat kerja dengan selesa tanpa perlu mendengar anak meraung hendak tengok mamanya.

Meja ini adalah hadiah Hari Lahir saya ke-35 daripada suami. Sebelum ni saya menggunakan meja daripada zaman belajar di Multimedia University yang dibeli pada tahun 2002 kalau tak silap. 


Saya pencinta bunga. Bunga di atas meja kerja saya sentiasa saya tukar bila dah bosan. Nasib baik bunga kat rumah banyak. Kadang-kadang saya letakkan juga pokok hidup supaya lebih menarik dan bagus untuk suasana di dalam rumah.

  Saya seorang yang sukakan dekorasi yang ringkas dan tidak banyak barang. Di atas meja kerja saya hanya letak barangan yang perlu sahaja. Kalau sebatang pen yang tak digunakan pun, saya akan letak di dalam bekasnya. Kalau tidak, saya asyik fikir tentang pen itu sahaja. 

Penstoran di dalam rak meja kerja. Praktikal dan mudah untuk diambil. Ini adalah kawasan larangan anak-anak. Sebab anak perempuan saya suka sangat letak buku dan barangan dia di mana-mana sahaja rak yang ada. 

 Meja kerja di sebelah TV. Bila nak tengok tv, telengkan saja kepala ke bahagian kanan. Terus boleh tengok TV. Anak dan suami pun sama, sambil tengok TV, nampak terus saya tengah duduk buat kerja atau berinternet. Mesra keluarga sangat :)


Yang paling penting, kedudukan SOHO di ruang tamu dapat memudahkan saya memantau dan melayan anak-anak. Bayangkan kalau SOHO saya di tingkat atas? Sebab itulah saya memilih untuk membuat SOHO yang dapat memudahkan kerja saya.

In Shaa Allah, bila anak dah makin membesar, perniagaan semakin maju saya akan 'upgrade' SOHO saya supaya lebih menarik. Buat masa ini, saya bersyukur dengan apa yang ada. 

Sehingga berjumpa lagi. 

Comments

Popular Posts