Friday, April 11, 2014

Rezeki Pertama dari Allah melalui Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum.

Segan sebenarnya nak share kat sini. Tak ada niat nak menunjuk sedikit pun. Cuma saya nak berkongsi kegembiraan pertama kalinya merasa hasil dari menyertai Akademi Bekerja di Rumah.

Alhamdulillah. 
Semalam adalah hari ke-10 saya menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Semalam juga Allah murahkan rezeki. Mendapat 2 orang pelajar yang mendaftar di ABDR melalui saya. Tapi saya bukanlah 'cikgu online' yang mengajar. Masih belum berkelayakan lagi, dan buat masa ni saya belum bersedia untuk menjadi tenaga pengajar.

Rezeki pertama... RM100.

Hanya mengadap labtop dan handphone sahaja. Itu pun handphone asyik berebut dengan anak. Kegembiraan dikongsikan dengan suami. Terus whatsapp beliau beritahu! Dia macam tak percaya. Sebab tu saya selalu bercerita kat dia, apa yang saya buat dan rancang. Untuk mendapatkan sokongan dan mengelakkan kecurigaan.

Mungkin saya ni orang kampung. Katalah saya kolot. Namun, saya masih mengutamakan restu suami dan ibu saya semestinya. Kerana keberkatan rezeki yang saya cari adalah penting untuk kesejahteraan dunia akhirat. Rezeki walaupun sedikit, asalkan berkat in shaa Allah, kita akan merasa cukup dan gembira. Kerana rezeki tu dalam pelbagai bentuk, bukannya nilai berapa RM yang kita dapat dan ada!

So, kepada yang ingin bekerja dari rumah sepenuhnya. Ayu sudi berkongsi tentang ABDR dan bagaimana ABDR dapat membantu kita menjana wang dari rumah. Oh yer, seorang pelajar tersebut adalah silent reader blog saya, dan lagi sorang kawan yang saya kenal melalui online jugak dalam tahun 2011. Semoga kalian berdua dapat menimba ilmu dari ABDR dan dipermudahkan urusan menambah pendapatan. 

Akhir kata, untuk renungan kita bersama khususnya yang pernah merasai apa yang pernah saya lalui... tercari-cari arah mencapai impian, yang dibuat terhenti separuh jalan kerana kita dah tak nampak sinar untuk kita terus melangkah... atau yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru:

Kegagalan bukanlah orang yang tumbang;
TETAPI orang yang gagal bangkit walaupun masih diberi peluang!

Jumpa lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...