Friday, April 4, 2014

Pengenalan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah. Hari ini 4.4.2014 saya memulakan penulisan pertama di blog ini. Saya telah mendaftar sebagai Ahli Akademi Bekerja di Rumah pada 1.4.2014 di bawah bimbingan Cikgu Zaila Mohamad.


Nama saya ialah Rahayu Abdul Rashid. Dilahirkan dan dibesarkan di Besut, Terengganu. Saya berusia 35 tahun dan memiliki sepasang cahayamata berumur 8 tahun dan 3 tahun. Suami saya adalah kakitangan Tenaga Nasional Berhad berumur 34 tahun.


Saya adalah lulusan Diploma Teknologi Maklumat dari SAL Group of Colleges Johor Bahru dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Business Information Systems (BIS) dari Universiti Multimedia, Melaka.

Saya adalah Working at Home Mom (WAHM) sejak 1.4.2010 setelah saya melepaskan jawatan sebagai Penolong Pendaftar di Universiti Selangor (Unisel) setelah berkhidmat hampir enam tahun di universiti tersebut.

Alhamdulillah, dengan perkembangan ICT dan ledakan perniagaan dan pemasaran secara online, saya mampu menjana pendapatan dengan berniaga dari rumah. Walaupun suami mampu menyara kehidupan tanpa saya perlu bekerja, namun ia bukanlah alasan untuk saya tidak mencari peluang pendapatan sendiri.

Saya telah menjadi Blogger sejak tahun 2007. Malah saya mempunyai blog dengan domain sendiri sejak tahun 2011. Saya menjalankan bisnes Premium Beautiful sejak dari tahun tersebut secara online.

Maka, blog bukanlah perkara asing buat saya. Namun begitu, saya ingin menimba ilmu blogging dengan cara yang lebih baik dan ber-mentor. Oleh itu, saya mengambil Pakej Asas Blog dan Fanpage untuk menambah ilmu untuk mengembangkan minat menulis dan berniaga secara 'online'.

Saya memilih niche blog berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sebagai WAHM. Tajuk blog saya ialah Panduan WAHM bersama Ayu Rashid.

Sebagai WAHM selama 4 tahun, pelbagai pengalaman suka duka yang telah saya lalui. Adakalanya semangat ini tinggi menggunung, adakalanya ia merudum sehingga ke dasar lautan!

Namun begitu, semangat dan keinginan untuk berdikari, menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar bekerja semula tidak pernah mematahkan semangat saya.

Sebab itulah saya memilih untuk menyertai Akademi Bekerja di Rumah kerana saya akan mendapat sokongan daripada mentor, guru dan rakan akademi kerana kami mempunyai matlamat yang sama iaitu Menjana Pendapatan dari Rumah.

Sehingga berjumpa lagi. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah. Wassalam.

Salam Perkenalan;
RAHAYU ABDUL RASHID

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...