Thursday, April 17, 2014

Mendidik Anak-anak di Rumah (Homeschooling)

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum.
Saya bersyukur, kerana saya berpeluang berada di rumah setiap masa. Menjadi WAHM memberikan kelebihan kepada saya untuk bersama anak-anak dari pagi sehinggalah malam. Cabaran memang hebat! Malah rasanya lebih hebat apabila anak-anak kian membesar.


Image: Googled
Sebagai WAHM juga, saya sedang berusaha meluangkan lebih masa untuk mengajar anak-anak di rumah. Persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar memang perlu. Mungkin juga saya agak cerewet. Buat sesuatu perkara mestilah ditempat sepatutnya dan tidak suka  bersepah.

Image: Koleksi Peribadi
Saya telah menyediakan bilik untuk anak bermain dan belajar. Tetapi memandangkan biliknya berada di tingkat atas, terpaksalah bawa turun meja belajarnya ke tingkat bawah! Semuanya berlonggok di ruang tamu. Asalkan anak-anak dapat belajar, itu lebih penting.

Buat kaum wanita yang bekerja, saya yakin anda pasti bijak mengisi masa untuk bersama anak-anak. Walaupun masa mungkin lebih terhad, asalkan ia berkualiti setengah jam pun sudah memadai. Kualiti lebih penting daripada kuantiti. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Rahayu Abdul Rashid

2 comments:

hana humaira said...

Sy pon dlm proses nk bt homeschool
Thnx sharing
www.hanasihat.blogspot.com

hana humaira said...

Homeschool makin popular...
Syabas sis...
Sy pon on progress for my daughter..
Plz welcome to my blog www.hanasihat.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...