"Learn & Earn"

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum. 

Dalam kehidupan, setiap apa yang kita lalui adalah 'proses pembelajaran', samada secara langsung atau tidak langsung. Menimba ilmu dalam dunia perniagaan online adalah proses yang berterusan dan perlu di 'upgrade' kerana ia berkaitan dengan perkembangan ICT.

Sedikit kita ketinggalan, kita mungkin telah terlepas dan rugi dalam banyak perkara dan pendapatan! Kita hendaklah sentiasa menjadikan diri kita sebagai 'gelas yang separuh penuh'. Bersedia untuk diisi lagi dan lagi. 



Walaupun saya telah menjadi blogger sejak 2007, namun saya berblog hanya untuk suka-suka sahaja. Walaupun saya kekal konsisten dan blog menjadi salah satu cara saya menjalankan perniagaan online sejak 2011, namun bila saya 'menemui' Akademi Bekerja di Rumah, saya mengambil keputusan untuk menyertainya!

Inilah Pakej Kelas Online yang saya ambil. Dengan hanya bermodalkan RM200, saya yakin saya akan mendapat lebih banyak dari nilai tersebut, iaitu ILMU. Ilmu bukan sahaja untuk perniagaan online dan offline, tetapi juga pelbagai lagi. Saya mensasarkan untuk menerbitkan eBook pada tahun 2015 nanti. In sha Allah. 

Kelas ONLINE sepenuhnya memberikan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar dan berbisnes. Masa untuk belajar yang fleksibel bergantung kepada masa kita adalah keistimewaan menyertai kelas Online kerana kita dapat menguruskan aktiviti harian dan kelas dengan baik.

Saya akan kongsikan lebih lagi mengenai ABDR, semoga ia menjadi inspirasi buat anda. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Rahayu Abdul Rashid 

Comments

Popular Posts