Wednesday, April 16, 2014

Kita Sentiasa di Uji

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Hidup adalah sebuah perjuangan, untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Jika kita tidak diuji dengan ujian, mungkin kita akan alpa, kerana itulah sifat manusia yang lemah. Tatkala diuji, ia adalah tanda bahawa Allah merindui kita. Supaya kita menadah tangan dan bersujud kepadaNya.

Lihatlah panorama indah lautan yang saya snap di pantai di kampung saya pada bulan Oktober 2013 lepas. Lautan memang indah. Mendamaikan malah menjadi salah satu punca rezeki untuk manusia. Di sebalik keganasan ombak, Allah turut sediakan rezeki yang luas. 

Berusahalah. Hadapilah segala ujian yang tiba. Ujian bukan sahaja dalam bentuk kesusahan. Tetapi kesenangan juga adalah ujian. Allah menguji kita dalam pelbagai cara, untuk melihat samada kita sabar dalam ketaatan atau sebaliknya.

Semoga ujian yang diberikan menjadikan kita hambaNya yang lebih beriman. Kerana semakin besar ujian yang kita terima, bermakna semakin tinggilah darjat kita yang Allah Taala ingin tempatkan. 

Saya juga sering diuji. Dalam menjadi WAHM dan menjalankan bisnes, memang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani. Namun saya yakin, rezeki Allah pasti ada untuk ibu dan anak-anak saya. Saya cuba dan terus mencuba. 

Saya tidak pedulikan apa pandangan orang lain, apa lagi orang luar. Perjalanan hidup saya, biar saya tentukan. Selebihnya saya berserah kepada yang Maha Berkuasa. Saya merencana, tapi Dia yang lebih hebat memberi apa yang sepatutnya saya terima.

Untuk itu, kenapa saya perlu mengalah? 

Anda juga begitu! Jangan takut untuk mencuba, jangan pernah mengaku kalah. Sekali jatuh, bangkit semula. Dugaan orang yang akan berjaya memang besar. Kerana itulah yang dinamakan PENGALAMAN. Kalau belum pernah jatuh, kita takkan merasa sakitnya. Kalau tak pernah gagal, macam mana kita nak merasa manisnya KEJAYAAN.

Sehingga berjumpa lagi. Semoga catatan ini bermanfaat untuk kita semua. 

Wassalam.
Rahayu Abdul Rashid

1 comment:

Kuazue Mohd said...

Ya setuju, hidup perlu diteruskan keran hidup itu sebuah perjalanan dan perjuangan. Salam perkenalan rakan seangkatan dalam ABDR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...