Sunday, April 27, 2014

Dunia WAHM| Kepentingan Pembahagian Masa yang Seimbang (Bahagian 1)

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Masa! Setiap orang memiliki tempoh masa yang sama dalam setiap hari, iaitu 24 jam. 

Tiada istilah tidak cukup masa, tetapi sebenarnya kita tidak bijak menguruskan masa. Samada kita adalah wanita bekerjaya, surirumah atau pun WAHM. Kita perlu bijak menguruskan masa. Jika tidak? Keadaan menjadi kelam-kabut, banyak tugas terbengkalai dan penghujungnya? Kita mungkin mengalami stress.


Menjadi WAHM bukanlah kita boleh bersantai-santai sahaja di rumah. Jadual kita adalah sangat padat. Kerana kita perlu menguruskan rumahtangga dan bisnes di rumah. Bila di rumah maksudnya kita akan dikelilingi anak-anak yang menuntut lebih perhatian dan kasih sayang daripada kita.

Pembahagian masa sebagai WAHM adalah sangat penting. Sebagai WAHM kita sememangnya beruntung kerana dapat menjaga anak-anak sendiri dan dalam masa yang sama kita dapat menjana pendapatan sendiri. Kita sememangnya berada pada zaman yang sangat beruntung. Segalanya dihujung jari. 


Saya akan berkongsikan dengan anda bagaimana saya membahagikan masa sebagai seorang WAHM. Ia adalah cara saya sendiri, di mana saya merasa selesa dengan keadaan demikian. Mungkin lain orang lain caranya, terpulang pada individu dan keadaan sesebuah keluarga.

Sehingga berjumpa lagi dalam Bahagian 2 dan seterusnya untuk topik Pembahagian Masa sebagai WAHM. Wassalam.


Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013 - 255 0727

Hubungi saya untuk maklumat Pakej Kelas Online dan Perkhidmatan/Produk  yang ditawarkan Akademi Bekerja di Rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...