Tuesday, April 15, 2014

Bila Kita Kian Menyedari Anak-anak Sudah Semakin Membesar?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Menjawab soalan di atas. Bila kita kian menyedari anak-anak sudah semakin membesar?

Paling terasa ialah bila lihat pakaian anak sudah semakin senteng! Perlu dibeli baru kerana sudah ada yang makin pudar warna. Itulah juga alasan untuk keluar membeli-belah. Dua helai untuk anak-anak, tiga helai untuk mamanya! Suami sudah tahu benar 'reward' yang harus diberikan juga kepada si isteri.

Sayu hati bila tengok baju-baju kurung dania masa dia kecil dulu. Dari umur 2 tahun hinggalah 5 tahun agaknya baju-baju ini. Setiap kali hari raya, tak kiralah raya puasa atau raya haji, mesti saya akan tempah baju kurung untuk dania. Pilihan kain semestinya Cotton atau Cotton Viscose. Corak mestilah ada warna pink dan comel-comel bunganya. 


Inilah lagi membuatkan saya semakin sedar, anak kian membesar. Pakaian yang sudah tidak muat dipakai, disimpan di dalam bekas khas. Ada juga yang sudah diberikan kepada anak-anak saudara yang lain. Tapi bukan semua, sebab perlu disimpan untuk kenangan kami kelak. Ermmmm, mungkin juga untuk 'si adik' jika ada rezeki nanti :P


Mainan Hariz yang comel-comel. Rindu bau bayi, bau minyak telon dan mulut bayi yang wangi. Tapi bila ditanya kepada Hariz... "Hariz nak adik tak?". Dia akan jawab: "Taknak, Ayish malu kat baby". Apakah motif malu pada baby pun masih belum saya dapat jawapannya :)

Apa pun, alhamdulillah. Saya pernah merasa bekerja makan gaji selama hampir 6 tahun di UNISEL. Pernah merasa pagi-pagi menghantar Dania ke rumah Pengasuh. Syukur Alhamdulillah, Allah jodohkan kami bertemu pengasuh yang sangat baik. Malah sehingga sekarang pun Dania asyik merengek mintak di hantar ke rumah Ibu Jue untuk bermain dengan anak-anak Ibu Jue. 

Hariz pula sepanjang masa dengan mama. Sebab itulah manjanya sangat luarbiasa! Memang ada beza antara anak yang dijaga sepenuhnya sendiri atau dihantar kepada pengasuh. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...