Bekerja Sendiri atau Makan Gaji... Kedua-duanya HEBAT!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Di saat saya menaip entry ini, jam menunjukkan pukul 12.30 pagi, Isnin 21/4/2014. Anak-anak sudah lena dibuai mimpi manakala si suami sedang menonton TV rancangan sukan kegemaran beliau. Saya baru selesai menyidai kain (semestinya sidainya di dalam rumah!) dan mengemas mainan anak. Setelah siap semuanya, saya mulakan menaip entry ini untuk diterbitkan esok.

Kepada yang akan bekerja pagi nanti, mungkin sudah lena dibuai mimpi. Kenalah tidur awal, lebih-lebih lagi hari Isnin mood biasanya 'luarbiasa' sikit. 

Saya pernah melaluinya. Beratnya hati hendak pergi bekerja, apalagi sekiranya ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Jika mesyuarat, selalunya memakan masa hampir separuh hari. Bertambah 'syahdu' jika perlu mengambil minit mesyuarat dan seterusnya membuat minit mesyuarat. Oh! Sangat tidak suka lebih-lebih lagi jika boss adalah sangat cerewet!

Ke mana hala tuju kita untuk mencari rezeki? Bekerja di pejabat atau bekerja di rumah. Semuanya adalah pilihan di tangan masing-masing. Namun begitu, jangan sesekali kita memperlekeh atau memandang rendah kepada orang yang kerja makan gaji!

Sejujurnya, saya kerap terbaca status Facebook orang yang berniaga atau bekerja sendiri yang memperlekehkan orang kerja makan gaji. Status atau pandangan sebegitu sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati. Itu tidak adil, kerana perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza. Kita tidak boleh merasakan bahawa kita sahaja yang bagus dan ambil tindakan yang betul.

Kita sepatutnya menghormati kerjaya dan punca rezeki setiap orang, waima seorang pengangkat sampah. Dalam dunia pekerjaan, kita saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia umpama sebuah Ekosistem, yang memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, sila hormati kerana kita tidak berhak menidakkan rezeki orang lain.

Dengan apa cara sekali pun kita mencari rezeki, manfaatkan rezeki dengan sebaiknya. Walaupun sedikit, ia tetap rezeki dan kita wajib bersyukur. Kepuasan sebenar adalah dengan memberi, bukannya menerima. Kerana setiap daripada rezeki kita, terselit rezeki orang lain di dalamnya.


Jika anda ingin menjana pendapatan dari rumah, anda boleh hubungi saya. InsyaAllah, saya akan membantu anda berkongsi peluang melalui Akademi Bekerja di Rumah. Selain itu, saya juga turut menjual produk-produk Hai-O Marketing Sdn. Bhd. dan Shaklee. Anda boleh mendapatkan produk-produk ini kerana saya menjalankan perniagaan ini secara Online. 

Selamat menjalankan tugas. Semoga segalanya dipermudahkan dan kita semua mendapat rezeki yang melimpah ruah dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

Wassalam.

Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
013-255 0727

Comments

Popular Posts