Bagaimana Mahu Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ditubuhkan oleh pengasasnya untuk memberi peluang kepada wanita yang ingin bekerja dari rumah secara sepenuh masa atau separuh masa. Tidak kira samada anda masih bekerja, anda boleh menjadi sebahagian daripada ahli ABDR.

Di sini, saya terangkan langkah-langkah yang harus dilakukan bagi melayakkan kalian bergabung dan menyertai kami.

Langkah pertama
Daftar masuk ke mana-mana kelas yang dianjurkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah iaitu :

1) Kelas Asas Blog & Penulisan: khas bagi mereka yang ingin membina sebuah blog penulisan dalam berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

2) Kelas Asas Blog & Fanpage: khas bagi mereka yang baru mahu bermula dalam menjalankan perniagaan online.

3) Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Mudah.my: kelas yang menggabungkan 3 elemen pemasaran terpenting dalam perniagaan internet. Sangat sesuai diambil bagi mereka yang ingin memasarkan produk melalui blog, fanpage dan juga portal pengiklanan terbesar di Malaysia iaitu melalui laman Mudah.my.

4) Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatif: kelas ini sesuai diambil bagi mereka yang ingin belajar mengenai penulisan novel mahupun cerpen.

5) Kelas Akaun Bisnes Kecil WAHM/SOHO: ada beberapa modul yang sangat sesuai untuk dipelajari bagi mereka yang baru memulakan perniagaan.


Langkah Kedua: 
Menghubungi saya untuk memilih kelas yang diingini. Soalan analisa akan diberikan bagi menentukan kelas apa yang sesuai untuk dipilih.

Langkah Ketiga
Membuat pembayaran untuk yuran kelas dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan.

Langkah Keempat:
Setelah siap semua tugasan, anda kini menjadi ahli alumni Akademi Bekerja Di Rumah dan berpeluang untuk menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah atau menjadi pengurus online bagi menyiarkan produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah.


Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui :

Email: rahayu4179@gmail.com
Sms/whatsapp: 013 - 255 0727
Facebook: Rahayu Rashid

Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular Posts