Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan & Selamat Bercuti Sekolah!


Semoga Allah memberikan usia yang berkat
Kesihatan yang baik untuk kita beribadat pada bulan Ramadhan ini
Dan semoga darjat kita diangkat, amalan diterima dan dihapuskan dosa
Dengan rahmat dan kasih sayangNya.


Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Bercuti Sekolah!
Dari;
Ayu Rashid & Family

Friday, May 19, 2017

Saya Kembali bersama Orang Baru!

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Lama saya tak berkongsi kat sini, kan? Apa khabar semua? Masih ada ke yang jenguk blog ni walaupuan dah lama bersawang? Semalam pun update sepintas lalu jer, ambik mood nak mula sharing semula kat sini. 

Kebetulan kelmarin, ada sikit masa. So, saya mekap-mekap la semula blog ni. Kasik semangat nak sharing kat sini semula. Blog kena cantik, baru aura tu datang. Nasib baik blog takleh nak wangi dengan perfume, kalau boleh, saya dah zasss spray perfume. Takat spray dalam SOHO boleh la, nak ambik mood kan.

Perkembangan saya?
Sekian lama menyepikan diri. Sebenarnya sejak Ramadhan tahun lepas (ni dah nak Ramadhan lagi sekali dah Sabtu depan!), saya dalam keadaan 'istimewa'. Apa yang istimewa tuuu?

Saya mengandung dan melahirkan anak ketiga!

Saya mengandung pada bulan puasa, dan selamat melahirkan pada 2.2.2017 lepas. Alhamdulillah. Baby girl. Sekarang dah 3 bulan lebih umurnya. Sihat walafiat. Ayra Safiyya namanya. Syukur, Allah bagi lagi rezeki menimang baby pada usia saya 38 tahun! Memang saya nak sangat tambah anak lagi sorang, cukupkan 3 sebelum usia 40 tahun. Alhamdulillah, DIA makbulkan impian kami.

Sejak saya mengandung tu la saya mabuk teruk. Sangat teruk sampai 2 kali pergi klinik untuk drip! Sampailah saya bersalin saya alahan (berkahak non stop). Seksanya rasa. 

Itu yang saya tak dapat fokus pada semua blog yang saya ada. Blog ni memang selalunya jarang la saya update, sebab rasanya lebih ramai pembaca di blog ayurashid.com

InsyaAllah, ada masa saya akan berkongsi kat sini lagi. Kalau sunyi sepi kat blog ni, jemputlah singgah di blog saya yang lain (personal dan juga business blogs)

  • www.ayurashid.com
  • http://dexandra-perfume.blogspot.my
  • http://ronella-essential-oil.blogspot.my

Sehingga berjumpa lagi. Dan dengan lafaz Bismillah, saya perkenalkan ahli keluarga baru kami: Ayra Safiyya.



Semasa Majlis Berendoi & Doa Selamat pada 23/4/2017 lepas 


Bila dah ada baby, bertambahnya anak, maka bertambahlah tanggungjawab. Rutin harian saya berubah, dan ia memang mencabar!

Kalau tak sempat kongsi kat blog ni, saya akan kongsi di blog personal (www.ayurashid.com). Teruskan setia bersama saya: Rahayu Rashid Inspiration!

Thursday, May 18, 2017

Pesanan Terakhir Almarhun Dato' Dr. Haron Din

Orang Mukmin yang hebat ialah dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

Al-Fatihah. Semoga Allah merahmati Al-Marhum dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepadaNya dengan rahmat dan kasih sayangnya. Amin

Saturday, May 13, 2017

10 Cara Rawat Kegagalan Bisnes

Teks: Dr. Azizan Osman & Rahayu Rashid
Image: Carian Google

Hari ni saya nak share tentang 10 cara rawat kegagalan bisnes, perkongsian daripada Dr. Azizan Osman. 

1. Terima Hakikat 
2. Kegagalan Bersifat Sementara
3. Bersedia Untuk Hidup Hari Ini
4. Programkan Minda
5. Kenali Kegagalan
6. Kenali Potensi Diri
7. Berdamping Orang Berjaya
8. Bahagiakan Ibu Bapa
9. Kuat Memberi
10. Cintai Allah SWT & RasulNya


Semoga kita sama-sama dapat manfaat. Takder jalan mudah nak berjaya. Hanya yang pernah rasai kesusahan, kegagalan akan merasa manisnya kejayaan setelah berjaya bangkit semula.


Good luck dalam apa jua bisnes yang korang jalankan!

Tuesday, December 13, 2016

Syarat untuk Kuatkan Mental

Sumber: Facebook Diana Ishak

1. Jangan takut buat sesuatu bersendirian. Jangan sentiasa expect buat apa-apa nak ber-geng.
2. Jangan hidup dalam masa yang lalu. Past is past. Move on.
3. Jangan harap semua orang wajib tolong kita.
4. Jangan harapkan semua yang dibuat hasilnya akan dapat serta-merta. Belajar bersabar.
5. Tak payah nak beria senangkan hati semua orang. Asal jangan buat orang sakit hati dah.
6. Jangan buang masa menyesal benda yang dah jadi.
7. Jangan buang tenaga pada perkara yang kita tak dapat kawal.
8. Jangan biarkan sebarang-sebarang orang mempengaruhi emosi kita. Lebih-lebih lagi yang takde kaitan dalam hidup kita.
9. Jangan marah dengan kejayaan orang lain.
10. Jangan jauhkan diri dari tanggungjawab.
11. Jangan mengalah kalau gagal kali pertama. Baru first time kot. Failure expected.
12. Jangan takut ambil risiko.

Tuesday, December 6, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah WAHM

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi Rahayu Rashid


Diam tak diam, dah minggu kedua cuti sekolah. Oh! Cepatnya masa berlalu. Kami duduk di rumah saja kerana emak dan adik saya berada di sini sejak seminggu lepas. Duduk diam-diam walaupun bosan tak ingat dunia. Maklumlah, dah ada beberapa plan nak jalan-jalan, tapi nampaknya terpaksa lupakan saja... sobbb sobbb.

Anak-anak enjoi jer bila nenek dan ayah su mereka kat sini. Hariz la paling heaven, sampai mandi pun taknak. Musim agak sejuk sekarang ni kan, mandi pun kena paksa. Amboi, sakan dia bercuti. Cuti sekolah, mandi pun dia mengelat!

Dania pulak, bizi dengan Ara dan Zorro. Siapa mereka ini? Mereka ini ialah kucing gelandangan yang datang ke sini sejak sebelum puasa lepas. Ara dah sekali beranak dah, Zorro tu anak Ara. Sekarang? Ara bunting lagi. Wawawwaaaa! Bertambah komitment. Anak Ara yang lahir sekali dengan Zorro 2 mati dan sekor lagi MIA. Rasanya mati juga masa kami ke Melaka Ogos lepas.

Nizam sibuk dengan kerja sana-sini. Belajar setahun pun dah tamat pada Oktober lepas. Alhamdulillah. Lepas satu fasa dalam career growth dia. Lepas ni tanggungjawab dah bertambah, jangan dia asik dok pening kelapa sudah, bertambah uban nanti hahaha.

Saya?
Masih macam ni la. Berblog, bisnes dari rumah jual De'Xandra Perfume dan jalankan tanggungjawab sebagai WAHM yang tak pernah surut kerjanya. Penat memang penat. Kalau boleh nak upah bibik sorang haahaa. Amboi, berangan sangat!

Okey, dah waktu Asar. Petang baru update blog, macam ni la. Taip jer apa melintas kat fikiran. Jumpa lagi :)

Monday, December 5, 2016

"Lama tak menulis disini"

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi Rahayu Rashid

Assalamualaikum.

Lama tak menulis disini. Lebih dari 2 bulan!
Saya sihat-sihat ajer. Masih lagi aktif berblog di dua lagi blog saya iaitu:

Personal Blog: www.ayurashid.com
Oh Wanginya De'Xandra: http://dexandra-perfume.blogspot.my

Sudilah kiranya menjenguk di sana ya :)



Hari ni dah pun 5hb Disember 2016. 
Musim tengkujuh dah bermula
Beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara dah mulai hujan berterusan dan banjir
Semoga Allah melindungi mereka di sana dan dipermudahkan urusan untuk menghadapinya.

Bila tiba bulan Disember.
Ia sinonim dengan cuti sekolah dan persediaan untuk ke sekolah tahun depan
Banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan
Anak seorang dua, okey lagi
Bila dah lebih dari itu, mungkin pening juga kepala ibu bapa memikirkan.

Dengan segala benda kos semakin naik dan naik
Sikit sebanyak ia membebankan dan merunsingkan

Sebagai surirumah, kita boleh membantu ringankan beban suami
Sama-sama bantu untuk membeli kelengkapan sekolah, buku dan yuran

Beruntungnya kita zaman IT ni
Duduk rumah pun boleh jana pendapatan.
Kita gunakan kemudahan internet untuk berbisnes dari rumah



Bagi yang ada kemahiran seperti menjahit, memasak, seni kraft, dsb
Boleh pula gunakan kemahiran ini
Oh, tak lupa juga yang menjadi pengasuh, juga boleh jana pendapatan lumayan

Pendek kata
Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan
Rezeki Allah ni maha luas
Bukan bekerja makan gaji berkasut tumit tinggi ajer mampu berduit sendiri
Asalkan kita rajin, InsyaAllah. 
Di mana saja boleh buat duit lumayan.

Sehingga berjumpa lagi
Doakan saya kembali konsisten menulis disini
At least seminggu 3 entry :P

Jangan lupa.
Lepaskan rindu dendam pada celoteh saya di 2 blog yang saya nyatakan di atas.

Assalamualaikum :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...